Saturday, November 16, 2024

Pahang kutip 1 Bilion lagi tahun ini

 

Tahniah buat kerajaan negeri kerana berjaya menambah hasil negeri. Terbaru, Menteri Besar kesayangan kita telah mengumumkan Negeri Pahang telah berjaya melepasi kutipan RM1 bilion setakat ini. Ini satu kejayaan yang membanggakan hasil kerja keras semua pekerja dan hasil rakyat jelata yang membayar cukai ,lesen, saman dan kompaun. Semua orang memainkan peranan.

“Kita telah pun mendapat sasaran melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut, sepertimana yang saya janjikan, kita akan bagi balik kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Prihatin Pahang daripada yang baru lahir sampai berkahwin, yang masuk sekolah, yang masuk universiti, warga emas semuanya kita akan bantu, pelajar-pelajar di universiti kita bagi RM400 secara one-off setiap tahun kita akan teruskan.


“Bila kita dapat RM1 bilion ini, kos kita ialah RM600 juta sahaja setahun, membayar gaji penjawat awam dan sebagainya, jadi RM400 juta itulah selain daripada kita simpan, kita bagi balik kepada rakyat,” katanya. (Sumber: Pahangmedia.my)

Diharapkan lebihan RM400 juta itu dapat digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki prasarana dan kemudahan asas seperti jalanraya dan air paip yang sering kali bermasalah. Jalan pula kalau pergi ke belah2 jerangsang tu teruk sangat dah jalan dia.

Jambatan dekat Kg Seboi tu tak repair-repair lagi. Mohon pihak berwajib ambil tindakan.

 

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...