Wednesday, September 25, 2024

Pasar Ikhwan di Temerloh - Tutup Hari Ini (video)


 Pasar ikhwan di Putrajaya..ah gampa betul terngiang-ngiang je lagu tu kat halkum koi ni. 

Awal tahun ni pernah sakali dua singgah dekat cafe ikhwan Temerloh ni. Lokasi dia dekat simpang songsang. Dek kerana lokasi dia dekat dengan tempat kerja, koi singgah la sebab kagum compnay ni ada beberapa lagi business model yang berdekatan seperti Mart , Dobi dan Klinik selain cafe yang dimaksudkan. Maknanya ada 4 entiti ikhwan di lorong yang sama.

Masa tu koi tak pernah tahu pun business diorang ni ada terpalit isu. Koi pun saja la nak try makan. Tapi mujurlah tak ketagih nak repeat makan kat situ. Tapi sempat jugak la dua kali singgah breakfast kat situ. Rasa masakan dia tak kena selera perut koi kot.

Seminggu dua ni PANAS kan isu pasal pasar ikhwan di putrajaya ni..so pagi ni 25.9.24 lalu la nak singgah. Rupanya tutup. Tapi tak tahulah sebab koi lalu dalam 8.00am mungkin diorg bukak pukul 10.00am kot.

So berlalulah koi sambil dondang dendang lagu pasar ikhwan di putrajaya sampai sampai ke tempat kerja.. video ada dibawah.



No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...