Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, May 20, 2025

Kampung Berhala Gantang.




 Sejarah Ringkas Kampung Berhala Gantang


Kampung Berhala Gantang terletak kira-kira 6 km dari Temerloh, Pahang, dan diasaskan pada tahun 1729 oleh Shahibudin bin Zainal Abidin, seorang pendakwah dari keturunan Minangkabau. Kampung ini dibuka sebagai pusat pengajian Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menentang fahaman Martabat Tujuh yang tersebar luas ketika itu.


Ia berkembang menjadi pusat dakwah dan pendidikan Islam yang terkenal, malah menjadi tempat persinggahan para pedagang, alim ulama dan tokoh-tokoh penting termasuk raja-raja. Antara tokoh terkemuka dari kampung ini ialah Tuan Teh Mohd Hassan, yang pernah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh.

Asal-usul Nama "Berhala Gantang"


Terdapat dua versi cerita:

1. "Balek Gantang" – Berdasarkan cerita lisan, nama ini berasal daripada kisah seorang tokoh yang membeli gantang tembakau di hulu, namun gantang itu kembali semula ke kampung, lalu penduduk menamakan kawasan itu sebagai "Balek Gantang".

2. "Berhala Gantang" – Nama ini dipercayai berasal daripada penggunaan perkataan menghala” sebagai tempat persinggahan atau tempat tujuan, dan “gantang” sebagai lambang ukuran atau sukatan – menggambarkan kampung ini sebagai tempat utama dalam penyebaran ilmu dan dakwah.

Kampung ini mempunyai sejarah pendidikan Islam yang kukuh sejak dahulu. Pada tahun 1948, sebuah madrasah ditubuhkan dan kemudian dinaik taraf menjadi sekolah menengah agama pada tahun 1982. Sekolah ini kini menampung ratusan pelajar dan menjadi antara sekolah agama terbaik di negeri ini.

Selain itu, sebuah Sekolah Tahfiz juga ditubuhkan pada tahun 1996, yang terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan al-Quran dan agama untuk pelajar dari seluruh negeri.

Tuesday, August 20, 2024

Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Rendah dan Menengah dibuka. Mohon sekarang jika berkelayakan.

 

Berita baik buat semua rakyat Pahang. Permohonan untuk Biasiswa Yayasan Pahang bagi Sekolah Rendah dan Menengah kini dibuka.



𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! 


Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid tahun 3 sesi persekolahan 2024 di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang. 


Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan kriteria di laman web YP di www.yp.org.my


Tarikh permohonan bermula 19 Ogos 2024 manakala tarikh tutup adalah pada 1 Oktober 2024.

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇) 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟔 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!


Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam negeri Pahang.


Borang permohonan diperolehi melalui SEKOLAH ATAU PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) manakala syarat kelayakan dan kriteria boleh dirujuk di laman web YP di www.yp.org.my.


Tarikh  tutup permohonan adalah pada 18 September 2024.


Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...