Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Wednesday, May 21, 2025

Asal nama Kampung Pangsenam , Temerloh


Kampung Pangsenam merupakan sebuah kampung yang terletak di Temerloh, dalam Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung ini mula dibuka pada awal tahun 1900 oleh beberapa keluarga yang mula menerokai kawasan pinggir Sungai Pahang sebagai perkampungan.

Nama Pangsenam ni berasal dari satu pokok durian yang mempunyai buah berpangsa enam. Selalunya buah durian mempunyai 5 pangsa sahaja tetapi ada sebatang pokok durian di Pangsenam pada masa itu mempunyai 6 pangsa. 

Kampung ini terletak di sepanjang tebing Sungai Pahang. Jarak dari bandar Temerloh adalah lebih kurang 5km melalui jalan Temerloh - Teriang.

Bercakap pasal durian. Anda kena ada alat ini. Mudah untuk anda pruning pokok durian anda.
👇👇👇👇👇👇




Tuesday, May 20, 2025

Kampung Berhala Gantang.




 Sejarah Ringkas Kampung Berhala Gantang


Kampung Berhala Gantang terletak kira-kira 6 km dari Temerloh, Pahang, dan diasaskan pada tahun 1729 oleh Shahibudin bin Zainal Abidin, seorang pendakwah dari keturunan Minangkabau. Kampung ini dibuka sebagai pusat pengajian Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menentang fahaman Martabat Tujuh yang tersebar luas ketika itu.


Ia berkembang menjadi pusat dakwah dan pendidikan Islam yang terkenal, malah menjadi tempat persinggahan para pedagang, alim ulama dan tokoh-tokoh penting termasuk raja-raja. Antara tokoh terkemuka dari kampung ini ialah Tuan Teh Mohd Hassan, yang pernah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh.

Asal-usul Nama "Berhala Gantang"


Terdapat dua versi cerita:

1. "Balek Gantang" – Berdasarkan cerita lisan, nama ini berasal daripada kisah seorang tokoh yang membeli gantang tembakau di hulu, namun gantang itu kembali semula ke kampung, lalu penduduk menamakan kawasan itu sebagai "Balek Gantang".

2. "Berhala Gantang" – Nama ini dipercayai berasal daripada penggunaan perkataan menghala” sebagai tempat persinggahan atau tempat tujuan, dan “gantang” sebagai lambang ukuran atau sukatan – menggambarkan kampung ini sebagai tempat utama dalam penyebaran ilmu dan dakwah.

Kampung ini mempunyai sejarah pendidikan Islam yang kukuh sejak dahulu. Pada tahun 1948, sebuah madrasah ditubuhkan dan kemudian dinaik taraf menjadi sekolah menengah agama pada tahun 1982. Sekolah ini kini menampung ratusan pelajar dan menjadi antara sekolah agama terbaik di negeri ini.

Selain itu, sebuah Sekolah Tahfiz juga ditubuhkan pada tahun 1996, yang terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan al-Quran dan agama untuk pelajar dari seluruh negeri.

Monday, December 9, 2024

Mengimbau kembali musibah Banjir Besar 2014. Temerloh terkesan teruk waktu itu.

 


Banjir besar yang melanda seluruh negara pada 2014 amat dirasai. Pahang khususnya Temerloh antara lokasi yang terjejas teruk ekoran dari musim Monsun Timur Laut yang menurunkan hujan melebihi kebiasaan.

Bagi yang ingin mengimbau kembali memori banjir besar satu dekad yang lalu jom kita sama-sama tengok saluran youtube Noah Roslan dibawah.


Adakah anda juga ada kenangan sewaktu banjir 2014? Share la ye..


Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...