Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts

Wednesday, June 10, 2026

Tawaran menyewa gerai Majlis Perbandaran Temerloh

 

TAWARAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 


1. Kiosk Esplanade II, Temerloh

2. Gerai Terminal Lurah Semantan, Temerloh

3. Gerai Taman Tasik Chatin, Mentakab

4. Gerai Berkunci Pasar Kuala Krau, Kuala Krau

5. Gerai MPT Kuala Krau, Kuala Krau


Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Temerloh atau sila imbas QR code yang disediakan.


Sebarang pertanyaan sila hubungi : 09-2901546 / 09-2901549


Tarikh tutup permohonan pada 23 Jun 2026.



Thursday, April 23, 2026

Dua produk ditarik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Pahang 23.4.26

 


Oleh : Norhafizan Zulkifli

KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.

JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.

JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber-PAHANGMEDIA


Gambar produk seperti dibawah:

Klik untuk besarkan imej




























Wednesday, April 22, 2026

Karnival Pahang Berbusana 2.0 23hb April hingga 26hb April 2026 di Dataran Temerloh.


 Tak tahu nak kemana minggu ni? 

Tak perlu kemana-mana kerana Temerloh bakal gegak gempita minggu ni dengan kehadiran pendekar dan pendekarwati yang segak berbusana tradisional.

Mat motor yang main rem malam-malam minggu tu pun digalakkan memakai tanjak sambil rem bingit motor tu ye.😁

Aa yang menarik kat sini? Kalau tengok dekat dataran tu khemah dan kanopi dah siap dipasang. Tinggal vendor dan agensi yang berkaitan masuk untuk set-up booth masing-masing je.

Hari khamis anda hadir untuk lihat sendiri program ape yang menarik dan sesuai untuk anda dan keluarga. Pelbagai aktivi menarik disediakan, boleh rujuk rajah diatas.



Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menarik seperti cabutan bertuah untuk event larian. Dengan syarat anda join la dulu larian tu. Ada juga teka biji labu dan semestinya yang paling besat dapat menang kereta dari cabutan hadia utama event.

Nak tahu lebih lanjut anda sendiri kena hadiri di Dataran Temerloh bermula khamis 23hb April 2026. Jangan lupa bawa keluarga anda dan keluarga janda sebelah untuk memeriahkan acara ini.😀

Wednesday, March 25, 2026

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26


 

Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada hari Khamis, 26 Mac 2026.

Butiran Gangguan:

  • Tarikh & Masa: Bermula jam 9:00 pagi sehingga 9:00 malam (jangkaan 12 jam).
  • Sebab: Kerja-kerja baik pulih komprehensif dan penyelenggaraan paip pengepaman serta instrumen penting di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar.
  • Kawasan Terlibat (Maran): Jengka 17, 18, 19, 23, Felda Sungai Nerek, Felda Kampung Awah dan kawasan sekitar.
  • Kawasan Terlibat (Temerloh): Kampung Batu Sawar, Kampung Dingkir, Kampung Kerai, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Purun, Kampung Macang Manis, Kampung Paya Sendayan, KOA Paya Sendayan, Kampung Galok Kecil, Kampung Nuor, Kampung Paya Perak, Kampung Padang Paku, KOA Padang Paku dan kawasan sekitar.

Langkah Bantuan:

  • ​Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan menyediakan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, dan pusat dialisis.
  • ​Sebanyak 40 lori tangki, 8 lori tangki jumbo, dan 150 tangki statik akan digerakkan untuk membantu pengguna yang terjejas.

Saranan:

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999.

Thursday, September 25, 2025

Kursus Asas Perkahwinan untuk warga Temerloh. Dah tak sabar nak kawin hujung tahun ni?

 

Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) secara bersemuka Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh Siri 10/2025 akan diadakan pada ketetapan berikut;


Tarikh: 25-26 Oktober 2025 

Hari: Sabtu dan Ahad

Tempat: Dewan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Link pendaftaran kursus:

 https://emunakahat.pahang.gov.my/

Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Hanya 80 orang pertama sahaja yang membuat pembayaran berjumlah RM120.00 dan menerima resit bukti pembayaran adalah disahkan tempat dan penyertaan.

PERHATIAN!

Sila buat bayaran secara TUNAI dengan kadar segera di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh bagi mengesahkan penyertaan. Penerimaan bayaran adalah secara " 1st come 1st serve". Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-2961321.


Sumber:  FB Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

Wednesday, August 20, 2025

Pelbagai Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran. Tutup pada 17 Sept 2025.

 

Majlis Daerah Maran mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Kesihatan Awam 
2. Pelukis Pelan Senibina 
3. Penolong Juruukur Bahan

Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1Pind. 1/2005 yang boleh didapati di laman sesawang Majlis Daerah Maran iaitu www.mdmaran.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada: -

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Sebelum atau pada 17 September 2025 (Rabu)

Friday, May 30, 2025

Amanah Ikhtiar Malaysia boleh bantu anda memajukan perniagaan kecil anda.

 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah organisasi mikro-kredit yang ditubuhkan di Malaysia dengan tujuan untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah keluar dari kemiskinan melalui pemberian pinjaman kecil (mikrokredit) untuk menjalankan perniagaan kecil.


Maklumat Ringkas tentang AIM:


1. Tujuan utama:


Membantu membasmi kemiskinan melalui bantuan kewangan tanpa cagaran.


Memberi peluang kepada ahli (biasanya wanita) untuk menjana pendapatan sendiri.



2. Siapa yang layak:


Individu dari isi rumah berpendapatan rendah.


Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.


Biasanya wanita, walaupun lelaki juga boleh memohon dalam sesetengah kes.



3. Jenis bantuan:


Pinjaman mikro (ikhtiar) untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil seperti menjual makanan, kraftangan, perkhidmatan, pertanian, dan sebagainya.


Latihan dan bimbingan untuk ahli dalam bidang keusahawanan.



4. Sistem sokongan:


Menggunakan sistem kumpulan kecil di mana ahli saling memberi sokongan dan jaminan antara satu sama lain.


Bayaran balik dilakukan secara mingguan.



5. Ciri khas:


Tiada cagaran dikenakan.


Kadar bayaran balik yang tinggi kerana pendekatan komuniti yang rapat.



Contoh perniagaan yang dibantu AIM:


Gerai makanan


Jahitan baju


Kedai runcit


Perkhidmatan kecantikan


Pertanian kecil


Dibawah adalah pakej pinjaman yang ditawarkan Amanah Ikhtiar Malaysia.


Di Temerloh anda boleh terus ke pejabatnya di alamat berikut.


Tuesday, May 20, 2025

Kampung Berhala Gantang.




 Sejarah Ringkas Kampung Berhala Gantang


Kampung Berhala Gantang terletak kira-kira 6 km dari Temerloh, Pahang, dan diasaskan pada tahun 1729 oleh Shahibudin bin Zainal Abidin, seorang pendakwah dari keturunan Minangkabau. Kampung ini dibuka sebagai pusat pengajian Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menentang fahaman Martabat Tujuh yang tersebar luas ketika itu.


Ia berkembang menjadi pusat dakwah dan pendidikan Islam yang terkenal, malah menjadi tempat persinggahan para pedagang, alim ulama dan tokoh-tokoh penting termasuk raja-raja. Antara tokoh terkemuka dari kampung ini ialah Tuan Teh Mohd Hassan, yang pernah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh.

Asal-usul Nama "Berhala Gantang"


Terdapat dua versi cerita:

1. "Balek Gantang" – Berdasarkan cerita lisan, nama ini berasal daripada kisah seorang tokoh yang membeli gantang tembakau di hulu, namun gantang itu kembali semula ke kampung, lalu penduduk menamakan kawasan itu sebagai "Balek Gantang".

2. "Berhala Gantang" – Nama ini dipercayai berasal daripada penggunaan perkataan menghala” sebagai tempat persinggahan atau tempat tujuan, dan “gantang” sebagai lambang ukuran atau sukatan – menggambarkan kampung ini sebagai tempat utama dalam penyebaran ilmu dan dakwah.

Kampung ini mempunyai sejarah pendidikan Islam yang kukuh sejak dahulu. Pada tahun 1948, sebuah madrasah ditubuhkan dan kemudian dinaik taraf menjadi sekolah menengah agama pada tahun 1982. Sekolah ini kini menampung ratusan pelajar dan menjadi antara sekolah agama terbaik di negeri ini.

Selain itu, sebuah Sekolah Tahfiz juga ditubuhkan pada tahun 1996, yang terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan al-Quran dan agama untuk pelajar dari seluruh negeri.

Tuesday, May 6, 2025

Notis Makluman Kafeteria HOSHAS Temerloh ditutup sementara waktu.

 

Makluman buat semua waris-waris yang berkunjung dan melawat ahli keluarga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah HOSHAS Temerloh, buat sementara waktu ini kafeteria yang berada di sebelah bawah ditutup antara 1 Mei hingga 11 Mei 2025. 

Ini bagi pengusaha kafeteria yang baru membuat persiapan selepas mengambil alih tender dari kontraktor lama.

Sehubungan dengan itu pihak waris dan pelawat diminta bersedia dengan bekalan makanan sendiri buat waktu ini.

Sekian untuk makluman.

Anda boleh rujuk notis penuh dari HOSHAS dibawah.



Wednesday, January 15, 2025

Permohonan Skim Makmur Ternak kepada semua Penternak Daging Ruminan 2025

 

Makluman kepada semua penternak di Pahang. Kerajaan negeri bersama jabatan Veterinar Negeri Pahang membuka Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bagi tahun 2025.

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.

 Permohonan terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kiteria dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut: 

1. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai Premis 

2. Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang. 

3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.

 4.Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.

 5. Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup. 

6. Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah / Perjanjian gunapakai tanah. 

7. Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang. 

8. Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

9. Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir) 

10. Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang di berikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang. 

Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran Permohonan ini di buka bermula pada 15 JAN 2025 sehingga 28 FEB 2025.

Atau muat turun borang dibawah.

Borang permohonan Skim Makmur Ternak boleh di muat turun melalui https://drive.google.com/file/d/1OSHefFX02sqR9oe2PFcVvul42Z0xg7BB/view?usp=sharing.

 Untuk makluman, permohonan ini akan dibuka bermula pada 15 JAN 2025 sehingga 28 FEB 2025.




Saturday, January 4, 2025

Anak perempuan anda lasak? Ada bakat macam luis Figo? Ini tempat untuk mereka.

 

Anda rasa anak perempuan anda lasak?

Anda rasa anak perempuan anda ada bakat macam Luis Figo?

Anda rasa anak anda lincah dan pantas?

Ini mungkin tempat yang sesuai untuk puteri cilik anda.


Akademi tunas wanita NFDP Negeri Pahang mempelawa anak-anak yang berbakat untuk menyertai akademi ini.

Pelbagai kategori dibuka iaitu U7, U8 , U9, U10, U11 dan U12.

Jom sertai ujibakat ini.

Daftar secara online melalui link dibawah

https://nfdp.sporteqa.com/player/?plid=36



Thursday, January 2, 2025

Kadar Parking di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh naik kepada 63sen sejam pada 2025

 

Lepas ni jangan terkejut la ye awok awok semua.

Parking pun naik. Harap lepasni semua parking berbumbung la..banyok ngat taik burung tempat koi parking tu..

Monday, December 9, 2024

Jawatan Kosong Agrobank Seluruh Negeri Pahang sebagai pegawai pemasaran.

 


JAWATAN:PEGAWAI PEMASARAN (DIRECT SALES TEAM) 

Tempat: CAWANGAN-CAWANGAN DI PAHANG 

 Kelayakan :

1.CGPA sekurang-kurangnya 2.5/ Kelas Kedua Atas dalam Diploma atau ljazah Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Pengajian Bank dan lain-lain yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 

2. Mempunyai sekurangnya-kurangnya 6 bulan pengalaman dalam bidang jualan & pemasaran

 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mendapat kepujian sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelaiaran yang diambil 

4. Berkemahiran menggunakan komputer

 5. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik 

6. Berumur tidak kurang dari 18 tahun 

7.Kemahiran interpersonal yang cemerlang 

8. Berupaya bekerja di bawah penyeliaan yang minima 

9. Bertenaga dan bersemangat tinggi

 Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume atau curriculum vitae (CV) lengkap, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil (kelulusan, kelahiran) serta gambar warna berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada :


 PENGURUS CAWANGAN AGROBANK (berdekatan) atau Melalui email azlina.abdulaziz@agrobank.com.my 

Tarikh Tutup Iklan adalah pada 10 DISEMBER 2024 

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubung.




Saturday, December 7, 2024

Jualan Rahmah Madani di Mentakab. Jom beli barang keperluan dengan harga rahmah.




Berita baik buat penduduk Mentakab dan sekitarnya. Esok satu jualan Rahmah Madani akan diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Bendera, Mentakab.

Jualan akan bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai barangan dan keperluan rumah dijual dengan harga tak munasabah. 


Thursday, December 5, 2024

Kini anda boleh wish besday insan tersayang melalui skrin LED besar semasa malam carboot sale.


 Salam Temerloh Maju gais..

Anda perasan tak dekat Temerloh ni ada skrin LED iklan yang besar? Ada dua kan. Satu dekat simpang Mekdi yakni Jalan Bahagia dan satu lagi dekat Petronas Lurah Semantan.

Ape yang nak disampaikan dekat sini, Pihak MPT membuka pelung untuk anda menyewa iklan digital dekat Skrin LED besar yang dekat Lurah Semantan tu dengan dekat Jalan Bahagia. Kos tak mahal pun. Dekat bawah ni ada table untuk anda buat perbandingan harga vs masa iklan yang anda dah buat.


(Sila klik untuk besarkan image)

Yang menariknya geng, dekat lurah semantan tu ade pakej khas untuk wish besday buat insan tersayang atau skandel atau anak atau mak ayah anda. RM80 untuk 20saat. Menarik kan kalau iklan tu dipaparkan semasa ada pekan sari atau semasa Carboot Sale. 

Berminat? Jikat berminat anda boleh hubungi MPT untuk maklumat lanjut.

Atau isi terus borang dibawah dan hantar ke MPT.






Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...