Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, December 7, 2024

Makcik Kemboja didenda RM40k kerana hina Melayu

 

Ingatkah lagi netizen semua dengan Makcik Kemboja? Ala yang viral tahun lepas kerana menghina Melayu dengan menggunakan kata yang tak sopan.

Untuk makluman, semalam di sebuah Mahkamah Seksyen di Ayer Keroh telahpun menjatuhkan hukuman dengan sebanyak RM40 ribu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina perkauman setahun yang lalu.

Anda boleh layari link dibawah untuk info lanjut.

Sumber: BH online 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333697/hina-melayu-makcik-kemboja-didenda-rm40000

Orang Islam Haram amalkan Yoga

 

Sebenarnya isu ni dah lama berlegar dikalangan netizen. Namun ada juga yang degil sehingga ada yang mengeluarkan fatwa sendiri . Maklumlah mereta tu artis dan orang terkenal.

Masalah sekarang, kau artis atau tak kau kena tahu hukum. Mufti dan pihak berkuasa agama tempatan pun dah berbuih mulut cakap haram haram haram yoga ni..

Baru-baru ni orang besar yoga sendiri mengakui yoga tu berkaitan dengan ritual agama Hindu. Boleh rujuk link ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162470/orang-islam-dinasihati-jangan-amal-yoga-presiden-yoga

Jelas kan? Seharusnya artis ke atau orang terkenal ke janganlah membuat hasutan songsang terhadap masyarakat kini. Yang haram tetap haram. 

Wednesday, September 25, 2024

Pasar Ikhwan di Temerloh - Tutup Hari Ini (video)


 Pasar ikhwan di Putrajaya..ah gampa betul terngiang-ngiang je lagu tu kat halkum koi ni. 

Awal tahun ni pernah sakali dua singgah dekat cafe ikhwan Temerloh ni. Lokasi dia dekat simpang songsang. Dek kerana lokasi dia dekat dengan tempat kerja, koi singgah la sebab kagum compnay ni ada beberapa lagi business model yang berdekatan seperti Mart , Dobi dan Klinik selain cafe yang dimaksudkan. Maknanya ada 4 entiti ikhwan di lorong yang sama.

Masa tu koi tak pernah tahu pun business diorang ni ada terpalit isu. Koi pun saja la nak try makan. Tapi mujurlah tak ketagih nak repeat makan kat situ. Tapi sempat jugak la dua kali singgah breakfast kat situ. Rasa masakan dia tak kena selera perut koi kot.

Seminggu dua ni PANAS kan isu pasal pasar ikhwan di putrajaya ni..so pagi ni 25.9.24 lalu la nak singgah. Rupanya tutup. Tapi tak tahulah sebab koi lalu dalam 8.00am mungkin diorg bukak pukul 10.00am kot.

So berlalulah koi sambil dondang dendang lagu pasar ikhwan di putrajaya sampai sampai ke tempat kerja.. video ada dibawah.



Friday, August 16, 2024

Gaji penjawat awam naik. Jom tengok berapa banyak diorg dapat kenaikan.

 

PMX telah membuat satu pengumuman gempar yang mana membuatkan penjawat awam mula berkira-kira nak angkat city atau vios baru.

Manakala penjawat swasta seperti bankers dan oilNgas tersenyum simpul je sebab gaji mereka lagi besar.

Manakala nasib perkeja swasta seperti pekerja 7e, family mart, CU , zuss atau kedai kasut Dans atau pekerja butik atau pekerja sektor kurier menyumpah seranah kerajaan kerana masih mengabaikan mereka.

Anda ada adik beradik atau kawan2 yang kerja kerajaan? Anda nak tau berapa kenaikan mereka?

Nah lihat sahaja jadual dibawah bagi gred 11,29 atau 41. Lihat dan ucapkan sahaja dalam hati supaya bersabar kerana mungkin nasib anda akan lebih baik hari esok. 



Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...