Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Wednesday, June 17, 2026

Guna Aplikasi Ini Untuk Semakan Sempadan Tanah

 

Pernah tak jiran anda pertikaikan sempadan rumah anda? Dia kata pokok manggis tu dalam tanah dia. Anda pula kata pokok manggis tu arwah datuk anda tanam untuk tanda sempadan dan masih dalam kawasan anda. Bila rujuk dekat geran pun masih tak jumpa penyelesaian.

Ini apps yang mungkin boleh membantu anda. Apps ini dibangunkan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negara (Jupem) dan Jabatan Digital Negara. Ianya percuma dan boleh dimuat turun melalui PlayStore atau apps store. 

Antaramuka dia pun mudah dan senang. Tidak terlalu banyak butang atau tab. Anda hanya masukkan nama tempat kawasan atau kampung anda untuk membuat carian.

Setelah itu peta akan memaparkan kawasan carian anda berserta garisan berwarna biru menandakan sempadan bagi setiap lot yang berdaftar. 

Mudah bukan? Jika maklumat ini membantu anda, bantu juga kawan anda yang lain dengan berkongsi maklumat ini.

Paparan utama Apps ini. Anda perlu klik Tab Peta untuk membuat carian di kawasan anda.



Masukkan nama kawasan atau kampung anda dan peta akan memaparkan sempadan bagi setiap lot.


Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...