Showing posts with label Kemudahan. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan. Show all posts

Friday, January 30, 2026

Pelbagai Jawatan Kosong di Mentakab Mall February 2026

 

Mentakab Mall Sdn Bhd yang menguruskan dan menyelenggara Mentakab Mall mencari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1.Event Coordinator 

2.Public Relation Assistance 

3.Display Artist 

Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian. 

Untuk jawatan Event Coordinator anda boleh mohon melalui link dibawah.

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=f9ca744a67f1454994a906e45ce59ddf

Untuk jawatan Public Relation Assistance anda boleh mohon melalui link dibawah 

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=df6842d052ee47a19bbb825ae1e0d095

Untuk jawatan Display Artist anda boleh mohon melalui link dibawah 

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=9dc20622f3274010af778acd12569ff4

Selamat berjaya.

Tuesday, January 27, 2026

Jawatan Kosong PPD Temerloh sebelum 2 Feb 2026

 


Kepada yang berminat, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membuka pelbagai kekosongan bertaraf MyStep. Permohonan adalah secara dalam talian sebelum 2 February 2026.

Sebanyak 3 Perjawatan yang ditawarkan seperti berikut:

1. Guru Ganti - Mohon Online

2. Pembantu Pengurusan Murid - Mohon Online 

3. Pembantu Pengurusan Pejabat - Mohon Online


Pemohon boleh klik Mohon Online bagi setiap perjawatan diatas untuk meneruskan permohonan.

Selamat mencuba.

Wednesday, June 18, 2025

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

 

Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pembantu Peruncitan. Gaji ditawarkan adalah antara RM1500 ke RM1999.

Taraf perkhidmatan adalah tetap dan mempunyai syif. Umur diantara 18 tahun hingga 35 tahun. Mempunyai kelulusan diperingkat SPM.

Jika berminat boleh mohon secara dalam talian melalui link dibawah.

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=634227f4824040bea0f9552f641659eb


Thursday, April 10, 2025

Kuala Krau bakal menerima Klinik Kesihatan yang baru tidak lama lagi.

 

Penduduk Kuala Krau dan sekitarnya bakal menerima kemudahan yang baru yang lebih besar dan selesa. Lokasinya pula hanya bersebelahan dengan jalan utama Jerantut - Temerloh. Lebih tepat berdekatan dengan balai polis yang baru tu.

Projek pembinaan ini akan dimulakan tidak lama lagi. Ini adalah hasil usaha yang tidak mengenal penat dari Mantan YB kita sejak tahun 2015 lagi.

Dipetik dari FB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID, beliau mengucapkan rasa syukurnya kerana hasil usahanya sejak 10 tahun lalu akan dilaksanakan.


Kalau diikutkan Klinik Kesihatan Jenis 3 ini boleh tahan besar jugak. Boleh rujuk gambar Klinik Kesihatan Bandar Raub yang telah selesai dibina.


Diharapkan dengan terbinanya kemudahan ini, Pekan Kuala Krau akan terus maju dan pesat membangu. Potensi yang ada di Kuala Krau ini amat besar kerana dia terletak di titik tengah bandar Temerloh Jerantut dan Jengka.

Kepada Dato' Sri mantan YB Parlimen Kuala Krau, terima kasih atas jasa dan keringat tuan membawa pelbagai kemudahan dan fasiliti di Kuala Krau. 



P/s-Ramai juga orang Kuala Krau mengharapkan Dato' Sri buat comeback 👍👍

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...