Thursday, April 10, 2025

Kuala Krau bakal menerima Klinik Kesihatan yang baru tidak lama lagi.

 

Penduduk Kuala Krau dan sekitarnya bakal menerima kemudahan yang baru yang lebih besar dan selesa. Lokasinya pula hanya bersebelahan dengan jalan utama Jerantut - Temerloh. Lebih tepat berdekatan dengan balai polis yang baru tu.

Projek pembinaan ini akan dimulakan tidak lama lagi. Ini adalah hasil usaha yang tidak mengenal penat dari Mantan YB kita sejak tahun 2015 lagi.

Dipetik dari FB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID, beliau mengucapkan rasa syukurnya kerana hasil usahanya sejak 10 tahun lalu akan dilaksanakan.


Kalau diikutkan Klinik Kesihatan Jenis 3 ini boleh tahan besar jugak. Boleh rujuk gambar Klinik Kesihatan Bandar Raub yang telah selesai dibina.


Diharapkan dengan terbinanya kemudahan ini, Pekan Kuala Krau akan terus maju dan pesat membangu. Potensi yang ada di Kuala Krau ini amat besar kerana dia terletak di titik tengah bandar Temerloh Jerantut dan Jengka.

Kepada Dato' Sri mantan YB Parlimen Kuala Krau, terima kasih atas jasa dan keringat tuan membawa pelbagai kemudahan dan fasiliti di Kuala Krau. 



P/s-Ramai juga orang Kuala Krau mengharapkan Dato' Sri buat comeback 👍👍

1 comment:

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...