Thursday, April 23, 2026

Dua produk ditarik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Pahang 23.4.26

 


Oleh : Norhafizan Zulkifli

KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.

JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.

JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber-PAHANGMEDIA


Gambar produk seperti dibawah:

Klik untuk besarkan imej




























Wednesday, April 22, 2026

Karnival Pahang Berbusana 2.0 23hb April hingga 26hb April 2026 di Dataran Temerloh.


 Tak tahu nak kemana minggu ni? 

Tak perlu kemana-mana kerana Temerloh bakal gegak gempita minggu ni dengan kehadiran pendekar dan pendekarwati yang segak berbusana tradisional.

Mat motor yang main rem malam-malam minggu tu pun digalakkan memakai tanjak sambil rem bingit motor tu ye.😁

Aa yang menarik kat sini? Kalau tengok dekat dataran tu khemah dan kanopi dah siap dipasang. Tinggal vendor dan agensi yang berkaitan masuk untuk set-up booth masing-masing je.

Hari khamis anda hadir untuk lihat sendiri program ape yang menarik dan sesuai untuk anda dan keluarga. Pelbagai aktivi menarik disediakan, boleh rujuk rajah diatas.



Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menarik seperti cabutan bertuah untuk event larian. Dengan syarat anda join la dulu larian tu. Ada juga teka biji labu dan semestinya yang paling besat dapat menang kereta dari cabutan hadia utama event.

Nak tahu lebih lanjut anda sendiri kena hadiri di Dataran Temerloh bermula khamis 23hb April 2026. Jangan lupa bawa keluarga anda dan keluarga janda sebelah untuk memeriahkan acara ini.😀

Sunday, April 5, 2026

Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di Charuk Puting Temerloh. Jenayah membawa padah🥴


TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH BERKAIT SEKSYEN 39B ADB 1952 OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD TEMERLOH


BERTINDAK DI ATAS MAKLUMAT PENGEDARAN DADAH, PADA 02/04/2026 JAM LEBIH KURANG 05.00 PAGI, SEPASUKAN POLIS DARI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK. IPD TEMERLOH DALAM OP TAPIS TELAH MENJALANKAN SATU SERBUAN DADAH DI KAWASAN CHARUK PUTING, TEMERLOH, PAHANG. HASIL SERBUAN TERSEBUT TELAH BERJAYA MENAHAN 1 LELAKI MELAYU BERUMUR 42 TAHUN DAN TELAH MERAMPAS 4 PAKET PLASTIK BERWARNA MERAH JAMBU YANG DISYAKI MENGANDUNGI DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE DENGAN ANGGARAN BERAT 1024.63 GRAM.

EKORAN DARIPADA SERBUAN INI, PIHAK POLIS TELAH MEMBUAT SITAAN KE ATAS SEBUAH KENDERAAN JENIS HONDA HRV BERWARNA KELABU. ANGGARAN NILAI RAMPASAN DADAH DAN SITAAN ADALAH BERJUMLAH LEBIH KURANG RM 112,252.50. HASIL SEMAKAN DI DALAM SISTEM PENGURUSAN REKOD JENAYAH MENDAPATI SUSPEK MEMPUNYAI BEBERAPA REKOD LAMPAU DIBAWAH KESALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH.

SUSPEK TELAH DITAHAN REMAN DIBAWAH SEKSYEN 117 KANUN TATACARA JENAYAH SELAMA 5 HARI DI LOKAP IPD TEMERLOH. KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG JIKA DISABIT KESALAHAN BOLEH DIDENDA MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP DAN HENDAKLAN DISEBAT TIDAK KURANG 15 SEBATAN JIKA TIDAK DIHUKUM DENGAN HUKUMAN MATI.

PIHAK POLIS DAERAH TEMERLOH KHUSUSNYA, AKAN MENERUSKAN RISIKAN DAN TINDAKAN MEMBANTERAS AKTIVITI PENGEDARAN DAN PENGAGIHAN DADAH SECARA PROAKTIF DARI SEMASA KE SEMASA. PIHAK POLIS MENYERU ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAITAN DADAH AGAR MENYALURKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA POLIS DI TALIAN 09-2716222 ATAU EMEL: kpdtemerloh@rmp.gov.my ATAU MANA- MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

(MOHD NASYIM BIN BAHRON) ACP. KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH TEMERLOH, PAHANG. TARIKH: 02 APRIL 2026


 

Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...