Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan
Showing posts with label Kuala Krau. Show all posts
Showing posts with label Kuala Krau. Show all posts

Wednesday, May 7, 2025

Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Bomba Bantuan. Jun 2026


 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang membuka peluang kepada orang ramai menyertai mereka sebagai Pegawai Bomba Bantuan.

Mereka yang mencapai syarat dan kriteria yang ditetapkan boleh menghantar borang kepada balai bomba yang terdekat untuk tapisan.

Borang permohonan anda hanya scan QR Code dalam iklan diatas atau klik link dibawah.

https://drive.google.com/file/d/18rrgHFO6tB1aDc_hcDJomyLdF3bzCypX/view?usp=drivesdk


KEKOSONGAN BAGI BALAI BOMBA


1. Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi;

2. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin;

3. Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah;

4. Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Tioman;

5. Balai Bomba dan Penyelamat Maran; 

6. Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab;

7. Balai Bomba dan Penyelamat Jengka;

8. Balai Bomba dan Penyelamat Triang; 

9. Balai Bomba dan Penyelamat Karak;

10. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau;

11. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis;

12. Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, 

13. Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan; dan

14. Mountain Cave Search and Rescue

Thursday, April 10, 2025

Kuala Krau bakal menerima Klinik Kesihatan yang baru tidak lama lagi.

 

Penduduk Kuala Krau dan sekitarnya bakal menerima kemudahan yang baru yang lebih besar dan selesa. Lokasinya pula hanya bersebelahan dengan jalan utama Jerantut - Temerloh. Lebih tepat berdekatan dengan balai polis yang baru tu.

Projek pembinaan ini akan dimulakan tidak lama lagi. Ini adalah hasil usaha yang tidak mengenal penat dari Mantan YB kita sejak tahun 2015 lagi.

Dipetik dari FB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID, beliau mengucapkan rasa syukurnya kerana hasil usahanya sejak 10 tahun lalu akan dilaksanakan.


Kalau diikutkan Klinik Kesihatan Jenis 3 ini boleh tahan besar jugak. Boleh rujuk gambar Klinik Kesihatan Bandar Raub yang telah selesai dibina.


Diharapkan dengan terbinanya kemudahan ini, Pekan Kuala Krau akan terus maju dan pesat membangu. Potensi yang ada di Kuala Krau ini amat besar kerana dia terletak di titik tengah bandar Temerloh Jerantut dan Jengka.

Kepada Dato' Sri mantan YB Parlimen Kuala Krau, terima kasih atas jasa dan keringat tuan membawa pelbagai kemudahan dan fasiliti di Kuala Krau. 



P/s-Ramai juga orang Kuala Krau mengharapkan Dato' Sri buat comeback 👍👍

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...