Sunday, September 28, 2025

Penjaja buah Traffic Light muncul kembali. Adakah mereka berniaga secara sah?

Semalam hajat nak meronda bandar Temerloh. Sebaik keluar dari plaza tol Temerloh, ternampaklah penjaja-penjaja buah di Traffic light berdekatan. Rasanya tahun lepas pihak berkuasa MPT sudahpun melumpuhkan operasi mereka.( Lihat paparan akhbar dibawah)



Kini mereka muncul kembali. Adakah mereka terlalu kebal? Berani mencabar pihak berkuasa? 

Bahayanya tindakan mereka boleh mengganggu aliran trafik

 Selain membahayakan nyawa mereka, nyawa pembeli juga tidak boleh dikompromi. Adakah mereka peniaga yang sah? Yang ada suntikan? Yang dijamin halal haram penyediaan makanan mereka?

Justeru itu, kepada pihak berkuasa MPT teruskan tindakan membanteras peniaga jalanan ini secara berkala.


 

Friday, September 26, 2025

Jungle Girl beri sumbangan kepada SMK Kuala Krau serta taja program pelajar ke Abu Dhabi. Syabas anak muda.

 

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fida atau lebih dikenali dengan nama Jungle Girl, tampil berkongsi mengenai sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada SMK Kuala Krau di Temerloh, Pahang.


Menerusi perkongsian di media sosial, Nur Rafidah Man, 27, difahamkan turut menghulurkan pemberian beberapa unit televisyen pintar (Smart TV) bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.


Tidak hanya itu, beliau juga menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas dari sekolah sama yang bakal berangkat ke Abu Dhabi.


Sumber: https://says.com/my/seismik/fida-jungle-girl-taja-pelajar-smk-kuala-krau-ke-abu-dhabi-hulur-bantuan-smart-tv-rm100000

Thursday, September 25, 2025

Kursus Asas Perkahwinan untuk warga Temerloh. Dah tak sabar nak kawin hujung tahun ni?

 

Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) secara bersemuka Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh Siri 10/2025 akan diadakan pada ketetapan berikut;


Tarikh: 25-26 Oktober 2025 

Hari: Sabtu dan Ahad

Tempat: Dewan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Link pendaftaran kursus:

 https://emunakahat.pahang.gov.my/

Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Hanya 80 orang pertama sahaja yang membuat pembayaran berjumlah RM120.00 dan menerima resit bukti pembayaran adalah disahkan tempat dan penyertaan.

PERHATIAN!

Sila buat bayaran secara TUNAI dengan kadar segera di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh bagi mengesahkan penyertaan. Penerimaan bayaran adalah secara " 1st come 1st serve". Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-2961321.


Sumber:  FB Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

Tuesday, September 23, 2025

Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Temerloh: Bayar Online Jer. Ini caranya

 





Balik dari kampung sebab cuti seminggu amatlah memenatkan. Perjalanan dari pantai timur ke Temerloh ambil masa lebih dari biasa kerana ramai juga rakyat Malaysia ambil peluang bercuti dan pulang ke kampung halaman.

Sebaik tiba dirumah simpan semua barang terus semak peti surat. Ada 2 keping surat. Satu bil eletrik. Jumlah kena bayar masih terkawal. Satu keping lagi surat berwarna pink. Dari Majlis Perbandaran Temerloh. Alamak cukai taksiran penggal 2 lupa nak bayar.

Untuk makluman, tarikh bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua adalah dari 1 Julai hingga 31 Ogos. Koi dah terlepas pandang perkara penting ni sebelum bercuti haritu.

Tanpa melengahkan masa akupun buat je bayaran secara dalam talian. Malas nak beratur di kaunter. Memang cara aku bayar semua secara dalam talian je. Api ke air ke cukai tanah ke cukai pintu ke semua online.

Bagaimana cara nak bayar online ni? Senang je.. 

1st korang pergi ke laman web MyTemerloh atau klik je link dibawah.

https://mytemerloh.gov.my/

2.  Klik bahagian atau menu Cukai Taksiran. Rujuk gambar dibawah.

3. Nanti dia akan mintak nombor cukai. Korang dapatkan nombor cukai tu dekat bil dan masukkan dengan betul. Takut nanti korang terbayar bil orang pulak. Kod pengesahan pun masukkan dengan betul ye.
4. Selepas itu akan keluar paparan berkaitan kediaman anda. Oleh sebab dah terlepas tarikh, akan kena penalti atau denda, tapi sikit jela dalam RM2 je denda. Selepas semak maklumat anda, jika betul anda teruskan dengan pembayaran. 



Senang je kan?

Selamat membayar cukai taksiran.



Thursday, September 11, 2025

Jawatan Kosong MySTEP di HOSHAS Temerloh. Keperluan segera


 Anda sedang mencari kerja. Ini mungkin untuk anda. HOSHAS menawarkan kekosongan melalui skim MySTEP.

PERSONEL MYSTEP ( Setaraf Diploma) HOSHAS, TEMERLOH HoSHAS
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Temerloh, Pahang
1 open position(s)
224 applied for this job
Contract
Contract
Working Hours
Normal Hour
Occupation
MySTEP
Salary
RM 1,500 - RM 1,999
Education
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
Sector
  • Public administration and defence; compulsory social security
Job Description
i) Melaksanakan pengurusan penerimaan dan daftar aset
ii) Membantu pendaftaran aset tak alih di Hospital yang meliputi ruang, sistem dan kompenan.
iii) Membantu kemaskini pelan lantai bagi setiap ruang yang perlu didaftarkan (pelan terkini)

iv) Membantu membuat pengukuran luas bagi sesuatu ruang sebelum dibuat pendaftaran ke dalam sistem PATA
v) Membantu menyediakan DA.6

vi) Membantu menyediakan Start/Stop Notification Form (SNF)
vii) Mengemaskini maklumat dan data daftar aset mematuhi tatacara dan aplikasi sistem PATA yang ditetapkan
viii) Menyediakan pelaporan terhadap maklumat pendaftaran, perancangan, perbelanjaan, aktiviti operasi dan penyenggaraan aset kepada PDF Jabatan/ Kementerian
ix) Melaksanakan Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) KKM yang melibatkan fasaliti dan sistem kejuruteraan
x) Membantu memasukkan pendaftaran kesemua aset ke dalam sistem ASIS
xi) Membantu membuat pemutihan aset dan komponen yang tidak lagi digunakan di Hospital.

Jika berminat boleh apply melalui link dibawah.

Thursday, August 21, 2025

Semak kelayakan SARA RM100 dan kedai terpilih di kawasan Temerloh.

 

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas layak untuk menerima bantuan SARA sebanyak RM100.

Tetapi terhad kepada tarikh yang ditetapkan sahaja iaitu dari 31.8.25 hingga 31.12.25.

Semak di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus


Bagi kita di kawasan Temerloh, bukan semua kedai boleh digunakan untuk berbelanja. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja seperti dibawah.

Mungkin akan ada penambahan kedai. Tetapi kita tunggulah sahaja nanti.





Wednesday, August 20, 2025

Pelbagai Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran. Tutup pada 17 Sept 2025.

 

Majlis Daerah Maran mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Kesihatan Awam 
2. Pelukis Pelan Senibina 
3. Penolong Juruukur Bahan

Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1Pind. 1/2005 yang boleh didapati di laman sesawang Majlis Daerah Maran iaitu www.mdmaran.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada: -

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Sebelum atau pada 17 September 2025 (Rabu)

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...