Balik dari kampung sebab cuti seminggu amatlah memenatkan. Perjalanan dari pantai timur ke Temerloh ambil masa lebih dari biasa kerana ramai juga rakyat Malaysia ambil peluang bercuti dan pulang ke kampung halaman.
Sebaik tiba dirumah simpan semua barang terus semak peti surat. Ada 2 keping surat. Satu bil eletrik. Jumlah kena bayar masih terkawal. Satu keping lagi surat berwarna pink. Dari Majlis Perbandaran Temerloh. Alamak cukai taksiran penggal 2 lupa nak bayar.
Untuk makluman, tarikh bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua adalah dari 1 Julai hingga 31 Ogos. Koi dah terlepas pandang perkara penting ni sebelum bercuti haritu.
Tanpa melengahkan masa akupun buat je bayaran secara dalam talian. Malas nak beratur di kaunter. Memang cara aku bayar semua secara dalam talian je. Api ke air ke cukai tanah ke cukai pintu ke semua online.
Bagaimana cara nak bayar online ni? Senang je..
1st korang pergi ke laman web MyTemerloh atau klik je link dibawah.
2. Klik bahagian atau menu Cukai Taksiran. Rujuk gambar dibawah.
3. Nanti dia akan mintak nombor cukai. Korang dapatkan nombor cukai tu dekat bil dan masukkan dengan betul. Takut nanti korang terbayar bil orang pulak. Kod pengesahan pun masukkan dengan betul ye.4. Selepas itu akan keluar paparan berkaitan kediaman anda. Oleh sebab dah terlepas tarikh, akan kena penalti atau denda, tapi sikit jela dalam RM2 je denda. Selepas semak maklumat anda, jika betul anda teruskan dengan pembayaran.



No comments:
Post a Comment
Apa komen anda ...