Monday, July 14, 2025

Pelbagai Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2025



 

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan tetap  seperti berikut :-

1. Penghulu Gred NP5

2. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA5

3. Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA5

4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

Bagi mereka yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian.

Daftar dan mohon melalui link dibawah.

Tutup permohonan adalah pada 28 Julai 2025.

https://espanp2.pahang.gov.my

Syarat kelayakan dan kriteria bagi semua jawatan anda boleh lihat dalam iklan dibawah.







Thursday, July 10, 2025

Bazar Kuala Semantan bakal berubah wajah. Harapnya wajah Pakistan kembali menjadi wajah Melayu la dekat serambi ni .

 

Mastura (tengah) bersama Siti Maisarah (kanan) dan Nusafia dengan produk masing-masing.
Sumber gambar: Sinar Harian Online

 Bazar Kuala Semantan di Temerloh bakal dikenali sebagai Serambi Semantan, sebuah inisiatif oleh Kelab Usahawan Desa Temerloh (KUDT) untuk memperkasa wanita luar bandar, khususnya ibu tunggal.


πŸ›️ Matlamat utama:

- Menjadikan Serambi Semantan sebagai versi desa Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.

- Mewujudkan ekosistem niaga yang tersusun dan kondusif untuk wanita.

- Menyediakan tapak niaga, pensijilan halal, pembungkusan dan peluang promosi.


πŸ‘©‍🍳 Kesan kepada usahawan wanita:

- Lebih 50 produk tempatan telah dimasukkan dalam direktori rasmi untuk dipasarkan kepada pelancong dan agensi kerajaan.

- Peniaga seperti Siti Maisarah dan Nusafia berkongsi pengalaman positif, termasuk peningkatan jualan dan akses pelanggan yang lebih luas.


πŸ›️ Sokongan komuniti:

- Projek ini mendapat sokongan daripada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

- Karnival Mini Usahawan turut diadakan untuk mempromosikan produk dan memberi pendedahan kepada peniaga.


Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh ekonomi tempatan, tetapi juga menjadikan Serambi Semantan sebagai tarikan pelancongan baharu di Pahang. 


Sumber: Sinar Harian Online 

Friday, July 4, 2025

Jawatan Kosong Pembantu Klinik. Klinik Sulaiman Temerloh. Jun 2025.


 πŸ“’ *JAWATAN KOSONG: PEMBANTU KLINIK* πŸ“’ Kemasukan Segera


πŸ“ Lokasi Bekerja:

 • Klinik Sulaiman Taman Temerloh Jaya


πŸ’΅ Gaji: basic + elaun + overtime (Mengikut pengalaman & prestasi)


πŸŽ“ Syarat Kelayakan:

 • Lepasan SPM minimum

 • Wanita berumur 20-30 tahun (bujang dialu-alukan)

 • Boleh bekerja shift


🌟 Kelebihan:

✅ EPF & SOCSO disediakan

✅ Cuti rehat & faedah perubatan


πŸ“ž Berminat? Hubungi kami segera:

πŸ“² 013-848 1322 (Call/WhatsApp)

πŸ‘‰ Klik Untuk WhatsApp

πŸ‘‰πŸ‘‰ https://wa.me/60138481322 πŸ‘ˆπŸ‘ˆ

Email: ksulaimantj02@gmail.com

Tuesday, June 24, 2025

Double park dan masalah parking di HOSHAS

 

Hospital adalah tempat kita mendapatkan rawatan. Bukannya tempat kita mendapatkan lebih sakit.

Berbeza dengan Hospital Temerloh HOSHAS. Kalau pergi sana nak cari parking, memang darah tinggi pemandu kereta akan naik gile babas.

Baru-baru ini tular sebiji alza yang double park dan menyusahkan orang lain. Sehingga menunggu lebih sejam untuk keluar dari petak parking sendiri. Yang lebih menyakitkan hati, alza biru itu double parking dan tidak meninggalkan apa-apa nombor untuk dihubungi. 

Seharusnya pemandu yang double park kena la ada sifat waras. Berfikir dua kali. Empati kena ada. Fikir bagaimana jika keadaan berlaku kepada diri sendiri.

Jadi selepas ini jika nak bawak kereta tu, bodoh tu tinggal la dirumah. Bawak kereta sahaja ye.

Friday, June 20, 2025

Ceramah Perdana Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias di Gunung Senyum sempena Awal Muharram 1447H


Sempena Awal Muharram 1447H, orang ramai dijemput hadir ke Ceramah Perdana bertemakan "Semangat Hijrah: Menilai Kembali Diri di Awal Tahun Islam". 

Program akan berlangsung pada 
28 Jun 2025 (Sabtu), 
jam 9.00 malam 
di Masjid Kg. Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. 

Ceramah istimewa ini akan disampaikan oleh tokoh terkenal, YBhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah bebas yang berpengalaman luas dalam menyampaikan dakwah secara santai, menyentuh jiwa dan mudah difahami pelbagai peringkat umur. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan semangat hijrah bersama keluarga dan komuniti!

Thursday, June 19, 2025

Semantan Fun Walk 2025. Sertai dan menangi cabutan bertuah berupa barang kemas Emas 916


 πŸ”₯ Karnival Mini Usahawan Bazar Lurah Semantan bakal gegarkan kawasan anda!


Apa ada?

πŸ›️ Jualan usahawan tempatan

🚢‍♀️ Fun Walk untuk semua peringkat umur

πŸ’ͺ Aktiviti sihat bersama Fun Fit

🎁 Cabutan bertuah, persembahan & banyak lagi!


πŸ“… (05 Julai 2025)

πŸ“ (Lurah Semantan)


PENAJE UTAMA OLEH:

KEDAI EMAS SERI SEMANTAN.


Hadiah Emas menanti anda..πŸŽπŸ‘‘πŸ“ΏπŸ›πŸ’

Lekas daftar di nombor berikut..

017 950 1543 (Ris),

019 932 4947 (Ros), 

011 4029 5578 (Bonda).


Acara ini bersama :

| πŸ’„ AyuBeauty | πŸ‘— Dewanita | 🏠 Semantan Indah Jaya | πŸ‹️ Temerloh Fitness Studio


πŸ“£ Jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga & kawan-kawan — Jom support usahawan kita! πŸ’₯


Wednesday, June 18, 2025

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

 

Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pembantu Peruncitan. Gaji ditawarkan adalah antara RM1500 ke RM1999.

Taraf perkhidmatan adalah tetap dan mempunyai syif. Umur diantara 18 tahun hingga 35 tahun. Mempunyai kelulusan diperingkat SPM.

Jika berminat boleh mohon secara dalam talian melalui link dibawah.

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=634227f4824040bea0f9552f641659eb


Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...