Friday, June 20, 2025

Ceramah Perdana Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias di Gunung Senyum sempena Awal Muharram 1447H


Sempena Awal Muharram 1447H, orang ramai dijemput hadir ke Ceramah Perdana bertemakan "Semangat Hijrah: Menilai Kembali Diri di Awal Tahun Islam". 

Program akan berlangsung pada 
28 Jun 2025 (Sabtu), 
jam 9.00 malam 
di Masjid Kg. Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. 

Ceramah istimewa ini akan disampaikan oleh tokoh terkenal, YBhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah bebas yang berpengalaman luas dalam menyampaikan dakwah secara santai, menyentuh jiwa dan mudah difahami pelbagai peringkat umur. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan semangat hijrah bersama keluarga dan komuniti!

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...