Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua 2026 yang sepatutnya dibuat pada April 2025 telah diawalkan kepada 10 Mac 2026.
Jumlah peruntukan melibatkan RM1.3 bilion dan memberi manfaat kepada kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.
Mentakab Mall Sdn Bhd yang menguruskan dan menyelenggara Mentakab Mall mencari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1.Event Coordinator
2.Public Relation Assistance
3.Display Artist
Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian.
Untuk jawatan Event Coordinator anda boleh mohon melalui link dibawah.
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=f9ca744a67f1454994a906e45ce59ddf
Untuk jawatan Public Relation Assistance anda boleh mohon melalui link dibawah
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=df6842d052ee47a19bbb825ae1e0d095
Untuk jawatan Display Artist anda boleh mohon melalui link dibawah
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=9dc20622f3274010af778acd12569ff4
Selamat berjaya.
Menelusuri Jejak Sejarah dan Evolusi Kerdau: Dari Stesen Kereta Api ke Bandar Warisan
Terletak di dalam daerah Temerloh, Pahang, Mukim Kerdau merupakan sebuah penempatan yang kaya dengan nilai sejarah dan warisan. Sejak dibuka pada tahun 1800, Kerdau telah melalui pelbagai fasa transisi—daripada sebuah perkampungan tradisional, menjadi pusat perhubungan kereta api yang penting, hinggalah kini muncul sebagai sebuah kawasan yang pesat membangun namun tetap mengekalkan identiti klasiknya.
Nama "Kerdau" diambil bersempena dengan pokok kerdau, sejenis tumbuhan yang mempunyai ciri fizikal menyerupai pokok pinang dengan batang tanpa dahan. Pada zaman dahulu, pokok ini tumbuh dengan meluas dan sering digunakan oleh penduduk tempatan sebagai hiasan utama setiap kali menerima kunjungan orang kenamaan. Keunikan flora ini akhirnya diabadikan sebagai nama rasmi bagi kawasan tersebut.
Sekitar tahun 1930-an hingga 1970-an, Kerdau memegang peranan strategik dalam sistem pengangkutan negara. Kewujudan stesen kereta api di sini menjadikannya sebagai antara titik penghubung penting bagi laluan antarabangsa dan domestik, merangkumi Singapura, Gemas, Tumpat, hingga ke Hatyai, Thailand.
Sejarah turut mencatatkan bahawa semasa pencerobohan Jepun di Tanah Melayu pada Disember 1941, Kerdau menjadi laluan serta tempat persinggahan tentera tersebut. Bagaimanapun, kepentingan stesen ini mula menyusut selepas tahun 1970 ekoran pembinaan jalan raya utama antara Temerloh dan Jerantut, yang menyebabkan perkhidmatan kereta api ekspres tidak lagi berhenti di situ.
Satu perkara yang menarik mengenai Kerdau adalah gelarannya sebagai "bandar koboi". Gelaran ini muncul kerana deretan kedai tradisionalnya yang masih utuh dan mengekalkan seni bina identiti era 1940-an. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada enam dekad, suasana nostalgia ini tetap terpelihara, menjadikan Kerdau sebuah lokasi yang unik di tengah-tengah arus pemodenan.
Kini, Kerdau tidak lagi terpinggir. Transformasi fizikal dapat dilihat melalui:
Dari sudut pentadbiran politik, Kerdau merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kod N.28. Sejarah politiknya juga dinamik:
Sehingga tahun 2022, seramai 15,184 pemilih berdaftar direkodkan di kawasan ini. Kini, mandat rakyat digalas oleh Y.B. Dato' Seri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, yang juga memegang portfolio penting sebagai EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Kerdau adalah contoh terbaik bagaimana sebuah penempatan lama mampu mengimbangi kemajuan material tanpa mengorbankan nilai sejarahnya. Daripada sebatang pokok kerdau hingga menjadi sebuah mukim yang signifikan dalam politik Pahang, Kerdau terus melangkah gagah mendepani masa hadapan.
Kepada yang berminat, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membuka pelbagai kekosongan bertaraf MyStep. Permohonan adalah secara dalam talian sebelum 2 February 2026.
Sebanyak 3 Perjawatan yang ditawarkan seperti berikut:
1. Guru Ganti - Mohon Online
2. Pembantu Pengurusan Murid - Mohon Online
3. Pembantu Pengurusan Pejabat - Mohon Online
Pemohon boleh klik Mohon Online bagi setiap perjawatan diatas untuk meneruskan permohonan.
Selamat mencuba.
Mentakab secara geografinya terletak di tengah Semenanjung Malaysia. Antara bandar penting di zaman pra-kemerdekaan kerana mempunyai jaringan jalan keretapi yang menghubungi kepada beberapa negeri lain. Atas faktor itulah Mentakab pernah naik nama untuk dipilih sebagai ibu negeri pada tahun 1901 tetapi atas beberapa faktor ianya diketepikan.
Asalnya kawasan Mentakab sekarang digelar sebagai Pasir Rawa. Entah bagaimana Mentakab muncul diri. Orang tempatan menyebut dengan nama Mentekak atau Mentekab. Kalau anda ada info bagaimana nama Mentekak/Mentekab muncul sila tambah di ruangan komentar.
Warga setempat bolehlah berbangga dengan Mentakab Mall atau sebelum ini dikenali sebagai Star Mall. Itupun sekarang sudah suam-suam susu berbanding zaman awal pembukaan. Diharapkan dengan pengurusan baru ini dapat menaikkan semula seri Mentakab Mall ini.
Dekat padang awam Mentakab (bawah masjid besar Mentakab) anda akan nampak ada satu binaan disisi padang. (Rujuk gambar dibawah)
Ini bukanlan kubur lima beranak. Ini sebenarnya monumen menandakan perang sudah tamat dan sebagai memperingati kekejaman pihak penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu.Ia dibina pada 12 Sept 1946.Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...