Friday, December 5, 2025

Dari Pasir Rawa ke Mentakab. Calon ibu negeri suatu masa dahulu.

 

Mentakab secara geografinya terletak di tengah Semenanjung Malaysia. Antara bandar penting di zaman pra-kemerdekaan kerana mempunyai jaringan jalan keretapi yang menghubungi kepada beberapa negeri lain. Atas faktor itulah Mentakab pernah naik nama untuk dipilih sebagai ibu negeri pada tahun 1901 tetapi atas beberapa faktor ianya diketepikan.

Asalnya kawasan Mentakab sekarang digelar sebagai Pasir Rawa. Entah bagaimana Mentakab muncul diri. Orang tempatan menyebut dengan nama Mentekak atau Mentekab. Kalau anda ada info bagaimana nama Mentekak/Mentekab muncul sila tambah di ruangan komentar.

Warga setempat bolehlah berbangga dengan Mentakab Mall atau sebelum ini dikenali sebagai Star Mall. Itupun sekarang sudah suam-suam susu berbanding zaman awal pembukaan. Diharapkan dengan pengurusan baru ini dapat menaikkan semula seri Mentakab Mall ini.

Dekat padang awam Mentakab (bawah masjid besar Mentakab) anda akan nampak ada satu binaan disisi padang. (Rujuk gambar dibawah)

Ini bukanlan kubur lima beranak. Ini sebenarnya monumen menandakan perang sudah tamat dan sebagai memperingati kekejaman pihak penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu.Ia dibina pada 12 Sept 1946.


No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...