Thursday, June 12, 2025

Dua ramaja maut dirempuh dari belakang

 

Pada malam 12 Jun 2025, dua remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Perodua Bezza di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, Temerloh, Pahang.


Mangsa, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri dan Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tuesday, June 10, 2025

Ini saluran untuk anda saksikan perlawanan langsung Malaysia Vs Vietnam kelayakan Piala Asia 2026.


Bagi mereka yang tidak dapat membeli tiket untuk menyaksikan secara langsung di Stadium, ini saluran yang anda boleh saksikan secara online pada malam ini.

Sepak Mula: 9.00 Malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: RTM (TV Okey & Sukan RTM), Astro Arena 801

Jika anda tidak ada saluran berbayar, RTM ada menyiarkan juga secara langsung. Anda boleh klik pautan dibawah.



 https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey

Thursday, June 5, 2025

Jambatan Mambang Berulang RM12.5j hampir siap.

 


Tidak lama lagi penduduk kampung Mambang Berulang akan menikmati kemudahan yang boleh memendekkan masa perjalanan ke Bandar Mentakab.

Penduduk disini sebelum ini terpaksa mengharungi perjalanan menyusuri tebing sungai semantan dan melalui jambatan di Kg Paya Gantuk untuk menyeberangi Sungai Semantan. Ini memakan masa lebih 30 minit jika tidak merempit dan menaiki honda. Jika naik saga lebih lagi.

Jambatan yang mengambil kos lebih RM12 juta itu dijangkakan akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. Itupun jika tiada sebarang masalah terhadap struktur jambatan itu.

Lepasni boleh lah penduduk seberang pergi ke starmall untuk tengok wayang..


Sumber : Utusan Malaysia Online

Gambar: Utusan Malaysia Online

Friday, May 30, 2025

Amanah Ikhtiar Malaysia boleh bantu anda memajukan perniagaan kecil anda.

 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah organisasi mikro-kredit yang ditubuhkan di Malaysia dengan tujuan untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah keluar dari kemiskinan melalui pemberian pinjaman kecil (mikrokredit) untuk menjalankan perniagaan kecil.


Maklumat Ringkas tentang AIM:


1. Tujuan utama:


Membantu membasmi kemiskinan melalui bantuan kewangan tanpa cagaran.


Memberi peluang kepada ahli (biasanya wanita) untuk menjana pendapatan sendiri.



2. Siapa yang layak:


Individu dari isi rumah berpendapatan rendah.


Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.


Biasanya wanita, walaupun lelaki juga boleh memohon dalam sesetengah kes.



3. Jenis bantuan:


Pinjaman mikro (ikhtiar) untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil seperti menjual makanan, kraftangan, perkhidmatan, pertanian, dan sebagainya.


Latihan dan bimbingan untuk ahli dalam bidang keusahawanan.



4. Sistem sokongan:


Menggunakan sistem kumpulan kecil di mana ahli saling memberi sokongan dan jaminan antara satu sama lain.


Bayaran balik dilakukan secara mingguan.



5. Ciri khas:


Tiada cagaran dikenakan.


Kadar bayaran balik yang tinggi kerana pendekatan komuniti yang rapat.



Contoh perniagaan yang dibantu AIM:


Gerai makanan


Jahitan baju


Kedai runcit


Perkhidmatan kecantikan


Pertanian kecil


Dibawah adalah pakej pinjaman yang ditawarkan Amanah Ikhtiar Malaysia.


Di Temerloh anda boleh terus ke pejabatnya di alamat berikut.


Wednesday, May 21, 2025

Asal nama Kampung Pangsenam , Temerloh


Kampung Pangsenam merupakan sebuah kampung yang terletak di Temerloh, dalam Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung ini mula dibuka pada awal tahun 1900 oleh beberapa keluarga yang mula menerokai kawasan pinggir Sungai Pahang sebagai perkampungan.

Nama Pangsenam ni berasal dari satu pokok durian yang mempunyai buah berpangsa enam. Selalunya buah durian mempunyai 5 pangsa sahaja tetapi ada sebatang pokok durian di Pangsenam pada masa itu mempunyai 6 pangsa. 

Kampung ini terletak di sepanjang tebing Sungai Pahang. Jarak dari bandar Temerloh adalah lebih kurang 5km melalui jalan Temerloh - Teriang.

Bercakap pasal durian. Anda kena ada alat ini. Mudah untuk anda pruning pokok durian anda.
👇👇👇👇👇👇




Tuesday, May 20, 2025

Kampung Berhala Gantang.




 Sejarah Ringkas Kampung Berhala Gantang


Kampung Berhala Gantang terletak kira-kira 6 km dari Temerloh, Pahang, dan diasaskan pada tahun 1729 oleh Shahibudin bin Zainal Abidin, seorang pendakwah dari keturunan Minangkabau. Kampung ini dibuka sebagai pusat pengajian Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menentang fahaman Martabat Tujuh yang tersebar luas ketika itu.


Ia berkembang menjadi pusat dakwah dan pendidikan Islam yang terkenal, malah menjadi tempat persinggahan para pedagang, alim ulama dan tokoh-tokoh penting termasuk raja-raja. Antara tokoh terkemuka dari kampung ini ialah Tuan Teh Mohd Hassan, yang pernah dilantik sebagai Mufti dan Qadi bagi daerah Temerloh.

Asal-usul Nama "Berhala Gantang"


Terdapat dua versi cerita:

1. "Balek Gantang" – Berdasarkan cerita lisan, nama ini berasal daripada kisah seorang tokoh yang membeli gantang tembakau di hulu, namun gantang itu kembali semula ke kampung, lalu penduduk menamakan kawasan itu sebagai "Balek Gantang".

2. "Berhala Gantang" – Nama ini dipercayai berasal daripada penggunaan perkataan menghala” sebagai tempat persinggahan atau tempat tujuan, dan “gantang” sebagai lambang ukuran atau sukatan – menggambarkan kampung ini sebagai tempat utama dalam penyebaran ilmu dan dakwah.

Kampung ini mempunyai sejarah pendidikan Islam yang kukuh sejak dahulu. Pada tahun 1948, sebuah madrasah ditubuhkan dan kemudian dinaik taraf menjadi sekolah menengah agama pada tahun 1982. Sekolah ini kini menampung ratusan pelajar dan menjadi antara sekolah agama terbaik di negeri ini.

Selain itu, sebuah Sekolah Tahfiz juga ditubuhkan pada tahun 1996, yang terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan al-Quran dan agama untuk pelajar dari seluruh negeri.

Friday, May 16, 2025

JAWATAN KOSONG PENOLONG PENDAFTAR PERNIKAHAN, PENCERAIAN DAN RUJUK/NIKAH di Temerloh

Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan yang berikut.

1. Penolong pendaftar pernikahan , cerai dan rujuk.

2. Jurunikah

Rujuk iklan penuh diatas untuk kekosongan di mukim mana.


 Untuk permohonan boleh scan qr diatas atau tekan link dibawah.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdohZClOVXugGqKFV8BOe1HyzMgS0QhCSwSRozB02HAmepxHQ/viewform


Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...