Thursday, June 5, 2025

Jambatan Mambang Berulang RM12.5j hampir siap.

 


Tidak lama lagi penduduk kampung Mambang Berulang akan menikmati kemudahan yang boleh memendekkan masa perjalanan ke Bandar Mentakab.

Penduduk disini sebelum ini terpaksa mengharungi perjalanan menyusuri tebing sungai semantan dan melalui jambatan di Kg Paya Gantuk untuk menyeberangi Sungai Semantan. Ini memakan masa lebih 30 minit jika tidak merempit dan menaiki honda. Jika naik saga lebih lagi.

Jambatan yang mengambil kos lebih RM12 juta itu dijangkakan akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. Itupun jika tiada sebarang masalah terhadap struktur jambatan itu.

Lepasni boleh lah penduduk seberang pergi ke starmall untuk tengok wayang..


Sumber : Utusan Malaysia Online

Gambar: Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...