Saturday, November 22, 2025

Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sanggang serta Pelancaran beberapa projek perumahan baharu


 

Temerloh,21 November 2025.Satu majlis penting telah berlangsung di Tapak Perumahan PR1MA Pahang Sanggang, Temerloh, menandakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan perumahan mampu milik. 

Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sanggang serta Pelancaran beberapa projek perumahan baharu, termasuk Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6, telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismaily.

​Dalam majlis tersebut, seramai 96 pemilik bertuah telah menerima kunci rumah PR1MA Pahang Sanggang setelah projek kediaman mereka berjaya disiapkan dan memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

​Selain penyerahan kunci, majlis turut menyaksikan pelancaran projek-projek perumahan baharu yang bakal dibangunkan. Projek-projek PR1MA yang giat dilaksanakan termasuk PR1MA Pahang Pamah Kaseh melibatkan 198 unit (Fasa 1) dan 144 unit (Fasa 2), serta PR1MA Pahang Kampung Sempadan sebanyak 78 unit. 

Lebih signifikan, program Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 telah dilancarkan, melibatkan pembinaan 470 unit rumah. Setiap unit rumah RRP ini dianggarkan bernilai RM80,000, membawa nilai keseluruhan projek ini mencecah RM37.6 juta

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...