Tuesday, August 5, 2025

Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2025 ( Semenanjung)

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2025.

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.

Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak DI SINI.

Tarikh tutup iklan adalah pada 15 Ogos 2025 (Jumaat).

Peringatan:

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan adalah seperti DI SINI.
  2. Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  4. Pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 16 Ogos 2025 hingga 15 September 2025.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...