Tuesday, November 19, 2024

Jambatan Gantung Esplanade Temerloh. Inilah harga tiket dia.

 

Ala Temerloh bukan ada apa pun.. yelah itulah ayat yang selalu member2 dekat universiti dahulu selalu bahan aku bila bercakap tentang tempat asal masing-masing.

Temerloh mana ada mall..ye memang malu sebab kita orang Temerloh terpaksa pergi ke Kuantan kalau nak merasa shopping dalam mall. Kalau ada pun Mentakab Star Mall itupun hidup segan mati tak mahu.

Kita orang Temerloh boleh berbangga dengan lokasi yang cantik dan menarik. Kita ada pekan sari terpanjang, kita ada CBS terbesar dengan lebih 200 peniaga, kita ada Pasar Anak Muda @ Lepak Lorong yang meempunyai tema menarik setiap minggu.

Kita juga ada tempat melepak terutama di Esplanade. Di situ ada jambatan Gantung yang menjadi tarikan serta perkhidmatan bot penambang jika anda inginkan pengalaman menaiki bot.


Untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menaiki jambatan gantung ini, diatas adalah harga tiket mengikut kategorinya.
Untuk warganegara bawah 12tahun: RM1.50
Dewasa:RM 3
Warga emas: RM1.00
Orang Kurang Upaya adalah percuma.



Di Esplanade ini ada kemudahan asas seperti tandas dan gerai makan. Cendol dan goreng pisang disini katanya enak amat. Cubalah sekali 


No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...