Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan

Friday, November 29, 2024

Air Sungai Pahang dah mula melimpah. Galeri bergambar 29.11.2024

 

Keadaan terkini sungai Pahang pada pagi 29.11.2024 berhampiran Esplanade Temerloh.

Berikut dibawah adalah koleksi gambar-gambar yang diambil pada pagi ini. Juga ada gambar yang diambil di tapak pasar malam kuala krau.







Jika dilihat dibawah,gambar diambil di tapak Pasar Malam Kuala Krau pada pagi ini juga. Kelihatan kawasan parking dan playground yang sedikit tinggi juga telah tenggelam. Ini menunjukkan trend peningkatan air amat cepat.

Moga dijauhkan segala bencana dan musibah kepada penduduk berhampiran.

Sila patuhi arahan pihak berkuasa.





Thursday, November 21, 2024

Dengan RM10 anda dah boleh buka Maybank Islamic Gold Account. Online sahaja.

 

Ramai diluar sana masih belum kenal MIGA atau Maybank Islamic Gold Account. MIGA diciptakan untuk anda mendapatkan emas secara beransur ansur. 

Bayangkan harga segram emas 999 sekarang mencecah RM400. Tentu sakit untuk kita membeli seketul berharga RM400 tu kan. Disinilah kelebihan MIGA dimana kita boleh membeli serendah RM10 melalui akaun MIGA.

Kalau lebih lagi la bagus, lagi cepat akaun kita penuh dengan gram emas kan. 


Bagaimana nak buka akaun MIGA? Mudah je.. asalkan anda ada akaun Maybank online anda boleh buat semua secara online. Ataupun anda boleh klik terus link dibawah.

Klik sini --> Daftar MIGA

Pembelian juga serendah RM10 dan kalau lebih lagi bagus.

Jika ada kecemasan, gram emas didalam akaun tu anda boleh jual untuk mendapatkan cash. Dan harga jualan kembali emas itu dikira ikut harga semasa tau. Bayangkan kalau harga emas naik, tak ke untung tu?

Klik sini --> Daftar MIGA

Klik sini --> Daftar MIGA

Tawaran sewaan kiosk penjaja MPT Nov 2024

 


Anda berminat untuk berniaga? Rebut peluang ini. MPT menawarkan kiosk buat penjaja kecil di pelbagai kawasan seluruh Temerloh.


PERMOHONAN KIOSK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH


1. Taman Bukit Bendera - 5 Kekosongan

2. Simpang Mempateh - 5 Kekosngan

3. Pekan Kerdau - 3 Kekosongan

4. Kuala Krau - 7 Kekosongan

5. R&R Seberang Temerloh - 4 Kekosongan

6. Taman Chengal - 1 Kekosongan

7. Taman Sri Layang -  10 Kekosongan

8. Berhampran KWSP - 3 Kekosongan

9. Taman Belengu Residence - 6 Kekosongan

10. Jalan Tun Abd Razak Mentakab - 1 Kekosongan


Tarikh Permohonan : 21.11.2024 Hingga 13.12.2024


Keterangan Langjut Sila Hubungi : Jabatan Kawalan Perniagaan Dan Pelesenan,MPT Di Talian : 09-2901540/1545


Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh

Tiktok: @mptemerloh

Instagram: @majlisperbandarantemerloh

Laman Web: http://www.mpt.gov.my/




Tuesday, November 19, 2024

Jambatan Gantung Esplanade Temerloh. Inilah harga tiket dia.

 

Ala Temerloh bukan ada apa pun.. yelah itulah ayat yang selalu member2 dekat universiti dahulu selalu bahan aku bila bercakap tentang tempat asal masing-masing.

Temerloh mana ada mall..ye memang malu sebab kita orang Temerloh terpaksa pergi ke Kuantan kalau nak merasa shopping dalam mall. Kalau ada pun Mentakab Star Mall itupun hidup segan mati tak mahu.

Kita orang Temerloh boleh berbangga dengan lokasi yang cantik dan menarik. Kita ada pekan sari terpanjang, kita ada CBS terbesar dengan lebih 200 peniaga, kita ada Pasar Anak Muda @ Lepak Lorong yang meempunyai tema menarik setiap minggu.

Kita juga ada tempat melepak terutama di Esplanade. Di situ ada jambatan Gantung yang menjadi tarikan serta perkhidmatan bot penambang jika anda inginkan pengalaman menaiki bot.


Untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menaiki jambatan gantung ini, diatas adalah harga tiket mengikut kategorinya.
Untuk warganegara bawah 12tahun: RM1.50
Dewasa:RM 3
Warga emas: RM1.00
Orang Kurang Upaya adalah percuma.



Di Esplanade ini ada kemudahan asas seperti tandas dan gerai makan. Cendol dan goreng pisang disini katanya enak amat. Cubalah sekali 


Jawatan Kosong di Mentakab

 


Perhatian anak muda mentakab, ada peluang baik untuk mereka yang berminat dan  berpengalaman.




Syarikat AMAN CCTV yang berpusat di Mentakab mencari mereka yang berminat untuk merebut jawatan berikut.
1. Kerani pemasaran dan jualan
2. Penyelia juruteknik
3. Juruteknik CCTV

Jika anda inginkan kerja ini, sila emelkan resume anda kepada alamat emel seperti didalam iklan.


Saturday, November 16, 2024

Pahang kutip 1 Bilion lagi tahun ini

 

Tahniah buat kerajaan negeri kerana berjaya menambah hasil negeri. Terbaru, Menteri Besar kesayangan kita telah mengumumkan Negeri Pahang telah berjaya melepasi kutipan RM1 bilion setakat ini. Ini satu kejayaan yang membanggakan hasil kerja keras semua pekerja dan hasil rakyat jelata yang membayar cukai ,lesen, saman dan kompaun. Semua orang memainkan peranan.

“Kita telah pun mendapat sasaran melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut, sepertimana yang saya janjikan, kita akan bagi balik kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Prihatin Pahang daripada yang baru lahir sampai berkahwin, yang masuk sekolah, yang masuk universiti, warga emas semuanya kita akan bantu, pelajar-pelajar di universiti kita bagi RM400 secara one-off setiap tahun kita akan teruskan.


“Bila kita dapat RM1 bilion ini, kos kita ialah RM600 juta sahaja setahun, membayar gaji penjawat awam dan sebagainya, jadi RM400 juta itulah selain daripada kita simpan, kita bagi balik kepada rakyat,” katanya. (Sumber: Pahangmedia.my)

Diharapkan lebihan RM400 juta itu dapat digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki prasarana dan kemudahan asas seperti jalanraya dan air paip yang sering kali bermasalah. Jalan pula kalau pergi ke belah2 jerangsang tu teruk sangat dah jalan dia.

Jambatan dekat Kg Seboi tu tak repair-repair lagi. Mohon pihak berwajib ambil tindakan.

 

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...