Thursday, August 29, 2024

Pelbagai program sempena Hari Merdeka di Temerloh.



Penduduk Temerloh sekalian.. Tentu anda terfikir nak sambut merdeka dekat mana tahun ni kan? Nak pergi KL macam jauh sangat. Takkan nak sambut kat Temerloh je..apa ada. Ehh sorry ye.. Tahun ni sambutan Kemerdekaan di Temerloh gempak ye.

Majlis Perbandaran Temerloh akan mengadakan sambutan selama 3 hari berturut-turut berpusat di Esplanade 1. Ala yang tepi sungai kat bawah masjid tu..

Start 30hb Ogos iaitu Jumaat dah ada program jualan atau Pesta Makan. Kalau ada anak-anak boleh datang sebelah petang ada mini games. Malam ada konsert aweera, bunga api dan perarakan bot berhias.

Pada 31hb, seperti biasa perarakan dan perbarisan badan beruniform di dataran. Lepas tu boleh la pergi ke Esplanade untuk sertai pelbagai program sempena hari kemerdekaan.





Hari ketiga program masih lagi meriah gais.. ada pesta makan ada juga mini games. Sampai kemalam jugak la.

Moh kite orang Temerloh memeriahkan sambutan Hari Kemerdakaan tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...