Monday, August 19, 2024

Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang

 

Cuti sekolah dah semakin hampir. Ramai pasangan rasanya memilih tarikh cuti persekolahan akan datang sebagai tarikh untuk mengikat perhubungan mereka sehidup semati.

Ada yang berhutang ada yang dah kumpul lama ada yang buat loan angkasa atau mungkin ada yang pajak dekat Arrahnu untuk mendapatkan modal.

Tapi tahukah anda kerajaan Negeri Pahang juga memberi sedikit bantuan insentif untuk anda bernafas. Dengan syarat salah seorang dari pasangan adalah anak Pahang.

Anda juga perlu memohon melalui pejabat agama yang terdekat.

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan anda boleh tekan link dibawah.

https://emunakahat.pahang.gov.my/frmInsentif.php


"Kerajaan Negeri Pahang telah mewujudkan satu Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP istimewa untuk anak-anak Pahang yang bakal mendirikan rumah tangga. Setiap pasangan akan menerima RM300 berbanding RM250 pada tahun lalu."


No comments:

Post a Comment

Apa komen anda ...

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...