Thursday, April 23, 2026

Dua produk ditarik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Pahang 23.4.26

 


Oleh : Norhafizan Zulkifli

KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.

JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.

JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber-PAHANGMEDIA


Gambar produk seperti dibawah:

Klik untuk besarkan imej




























Wednesday, April 22, 2026

Karnival Pahang Berbusana 2.0 23hb April hingga 26hb April 2026 di Dataran Temerloh.


 Tak tahu nak kemana minggu ni? 

Tak perlu kemana-mana kerana Temerloh bakal gegak gempita minggu ni dengan kehadiran pendekar dan pendekarwati yang segak berbusana tradisional.

Mat motor yang main rem malam-malam minggu tu pun digalakkan memakai tanjak sambil rem bingit motor tu ye.😁

Aa yang menarik kat sini? Kalau tengok dekat dataran tu khemah dan kanopi dah siap dipasang. Tinggal vendor dan agensi yang berkaitan masuk untuk set-up booth masing-masing je.

Hari khamis anda hadir untuk lihat sendiri program ape yang menarik dan sesuai untuk anda dan keluarga. Pelbagai aktivi menarik disediakan, boleh rujuk rajah diatas.



Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menarik seperti cabutan bertuah untuk event larian. Dengan syarat anda join la dulu larian tu. Ada juga teka biji labu dan semestinya yang paling besat dapat menang kereta dari cabutan hadia utama event.

Nak tahu lebih lanjut anda sendiri kena hadiri di Dataran Temerloh bermula khamis 23hb April 2026. Jangan lupa bawa keluarga anda dan keluarga janda sebelah untuk memeriahkan acara ini.😀

Sunday, April 5, 2026

Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di Charuk Puting Temerloh. Jenayah membawa padah🥴


TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH BERKAIT SEKSYEN 39B ADB 1952 OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD TEMERLOH


BERTINDAK DI ATAS MAKLUMAT PENGEDARAN DADAH, PADA 02/04/2026 JAM LEBIH KURANG 05.00 PAGI, SEPASUKAN POLIS DARI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK. IPD TEMERLOH DALAM OP TAPIS TELAH MENJALANKAN SATU SERBUAN DADAH DI KAWASAN CHARUK PUTING, TEMERLOH, PAHANG. HASIL SERBUAN TERSEBUT TELAH BERJAYA MENAHAN 1 LELAKI MELAYU BERUMUR 42 TAHUN DAN TELAH MERAMPAS 4 PAKET PLASTIK BERWARNA MERAH JAMBU YANG DISYAKI MENGANDUNGI DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE DENGAN ANGGARAN BERAT 1024.63 GRAM.

EKORAN DARIPADA SERBUAN INI, PIHAK POLIS TELAH MEMBUAT SITAAN KE ATAS SEBUAH KENDERAAN JENIS HONDA HRV BERWARNA KELABU. ANGGARAN NILAI RAMPASAN DADAH DAN SITAAN ADALAH BERJUMLAH LEBIH KURANG RM 112,252.50. HASIL SEMAKAN DI DALAM SISTEM PENGURUSAN REKOD JENAYAH MENDAPATI SUSPEK MEMPUNYAI BEBERAPA REKOD LAMPAU DIBAWAH KESALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH.

SUSPEK TELAH DITAHAN REMAN DIBAWAH SEKSYEN 117 KANUN TATACARA JENAYAH SELAMA 5 HARI DI LOKAP IPD TEMERLOH. KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG JIKA DISABIT KESALAHAN BOLEH DIDENDA MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP DAN HENDAKLAN DISEBAT TIDAK KURANG 15 SEBATAN JIKA TIDAK DIHUKUM DENGAN HUKUMAN MATI.

PIHAK POLIS DAERAH TEMERLOH KHUSUSNYA, AKAN MENERUSKAN RISIKAN DAN TINDAKAN MEMBANTERAS AKTIVITI PENGEDARAN DAN PENGAGIHAN DADAH SECARA PROAKTIF DARI SEMASA KE SEMASA. PIHAK POLIS MENYERU ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAITAN DADAH AGAR MENYALURKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA POLIS DI TALIAN 09-2716222 ATAU EMEL: kpdtemerloh@rmp.gov.my ATAU MANA- MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

(MOHD NASYIM BIN BAHRON) ACP. KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH TEMERLOH, PAHANG. TARIKH: 02 APRIL 2026


 

Wednesday, March 25, 2026

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26


 

Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada hari Khamis, 26 Mac 2026.

Butiran Gangguan:

  • Tarikh & Masa: Bermula jam 9:00 pagi sehingga 9:00 malam (jangkaan 12 jam).
  • Sebab: Kerja-kerja baik pulih komprehensif dan penyelenggaraan paip pengepaman serta instrumen penting di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar.
  • Kawasan Terlibat (Maran): Jengka 17, 18, 19, 23, Felda Sungai Nerek, Felda Kampung Awah dan kawasan sekitar.
  • Kawasan Terlibat (Temerloh): Kampung Batu Sawar, Kampung Dingkir, Kampung Kerai, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Purun, Kampung Macang Manis, Kampung Paya Sendayan, KOA Paya Sendayan, Kampung Galok Kecil, Kampung Nuor, Kampung Paya Perak, Kampung Padang Paku, KOA Padang Paku dan kawasan sekitar.

Langkah Bantuan:

  • ​Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan menyediakan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, dan pusat dialisis.
  • ​Sebanyak 40 lori tangki, 8 lori tangki jumbo, dan 150 tangki statik akan digerakkan untuk membantu pengguna yang terjejas.

Saranan:

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999.

Rumah Terbuka YB Temerloh pada Sabtu 28 mac 2026.


 Sabtu ini 28 mac 2026 kalau anda rasa bosan tak pergi kemana-mana, anda kena serbu rumah terbuka YB Temerloh. 

Pihak Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Temerloh dengan segala hormatnya menjemput
YBhg. Dato’/Datin/Dato’ Sri/Datin Sri/Tuan/Puan
bersama seisi keluarga untuk hadir ke *Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Temerloh, YB Hjh. Salamiah Mohd Nor* seperti ketetapan berikut:
📅 *Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)*
🕗 *Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi*
📍 *Tempat: Perkarangan Balai Islam Darul Amin, Sg. Gau*
Kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dato’ Sri/Datin Sri/Tuan/Puan seisi keluarga serta seluruh warga Temerloh amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.
Terima kasih.

Wednesday, March 11, 2026

Jawatan kosong sebagai Trainee Store Manager BATA di Temerloh


 Syarikat kasut yang terkenal iaitu BATA memcari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi keksongan sebagai Trainee Store Manager. Gaji ditawarkan bermula dari RM2500. Ada pelbagai faedah menarik jika menyertai kumpulan ini.

Jika berminat, pemohon boleh terus memohon secara online melalui link dibawah.

MOHON SEKARANG

Monday, March 9, 2026

Jawatan Kosong Pemandu Lori di Mentakab

 

JAWATAN KOSONG - TITIPAN SYUKUR (M) SDN BHD

Lokasi: Mentakab, Pahang

Industri: Pengeluar Besi

Titipan Syukur (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar keluli & logam dengan lebih 15 tahun pengalaman di Pahang & seluruh Malaysia. Stabil, berkembang pesat & peluang kerjaya yang jelas menanti anda!

Kami Sedang Mencari Individu Yang Berkelayakan Dan Berpotensi Untuk Menyertai Pasukan Kami!


Jawatan Ditawarkan:

Ø  PEMANDU LORI

 

Mengapa Sertai Kami?

• Gaji yang menarik

• Bonus prestasi sehingga 5 bulan gaji

• Peluang kenaikan pangkat

• Syarikat stabil – tiada potongan gaji & tempahan semakin meningkat setiap tahun

• Persekitaran kerja yang produktif

• Elaun makanan, kehadiran dan prestasi disediakan

• Cuti tahunan & cuti sakit disediakan

• Uniform dan kasut keselamatan disediakan

• Majlis makan malam tahunan

• Latihan Pembinaan Pasukan

Kelayakan & Ciri-ciri Diperlukan:

• Mempunyai lesen E (pemandu lori)

• Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman sebagai pemandu lori/kelindan

• Fizikal sihat dan mampu bekerja di gudang

• Komited, berdisiplin & bertanggungjawab

• Boleh mendengar dan menerima arahan

• Boleh bekerja dalam pasukan

• Aktif dan agresif dalam pekerjaan


Gaji & Faedah

• Gaji:

RM2800 – RM3400++ (PEMANDU LORI)

• KWSP, SOCSO, EIS


Waktu Bekerja:

Isnin – Sabtu

8.30 pagi – 5.30 petang


Berminat? Hubungi Kami Sekarang!

Telefon/WhatsApp: 017-6007995


Lokasi Kerja

Lot No. PT 18381, Jalan Industri 3,

Taman Perindustrian Temerloh,

28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Di Titipan Syukur, anda bukan sekadar bekerja — anda membina masa depan bersama pasukan yang menghargai prestasi dan dedikasi.

 


Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...