![]() |
![]() |
Makluman kepada semua penternak di Pahang. Kerajaan negeri bersama jabatan Veterinar Negeri Pahang membuka Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bagi tahun 2025.
Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.
Permohonan terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kiteria dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai Premis
2. Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.
3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
4.Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
5. Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
6. Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah / Perjanjian gunapakai tanah.
7. Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.
8. Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
9. Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir)
10. Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang di berikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang.
Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran Permohonan ini di buka bermula pada 15 JAN 2025 sehingga 28 FEB 2025.
Atau muat turun borang dibawah.
Borang permohonan Skim Makmur Ternak boleh di muat turun melalui https://drive.google.com/file/d/1OSHefFX02sqR9oe2PFcVvul42Z0xg7BB/view?usp=sharing.
Untuk makluman, permohonan ini akan dibuka bermula pada 15 JAN 2025 sehingga 28 FEB 2025.
Anda rasa anak perempuan anda lasak?
Anda rasa anak perempuan anda ada bakat macam Luis Figo?
Anda rasa anak anda lincah dan pantas?
Ini mungkin tempat yang sesuai untuk puteri cilik anda.
Akademi tunas wanita NFDP Negeri Pahang mempelawa anak-anak yang berbakat untuk menyertai akademi ini.
Pelbagai kategori dibuka iaitu U7, U8 , U9, U10, U11 dan U12.
Jom sertai ujibakat ini.
Daftar secara online melalui link dibawah
https://nfdp.sporteqa.com/player/?plid=36
Jawatan Kosong Sebagai Merchant Service Executive di AEON cawangan Temerloh.
Gaji ditawarkan antara RM3500 ke RM3999.
Bidang tugas seperti berikut.
Untuk memastikan Jualan & operasi Produk Pembayaran Mudah berfungsi dengan baik.
Mengekalkan perkhidmatan peniaga tahap yang baik.
Untuk memantau prestasi jualan pedagang, mengenal pasti dan membangunkan akaun baharu.
Melayani, mengendalikan & membuat susulan aduan & maklum balas peniaga.
Penglibatan aktif dengan peniaga.
Menjalankan latihan kepada peniaga baru.
Untuk mewujudkan dan membina hubungan baik antara organisasi dan pedagang untuk mewujudkan rakan kongsi perniagaan yang setia.
Memantau tuntutan jualan dan memastikan tiada tuntutan jualan tamat tempoh.
Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan perlu dibuat secara online melalui link dibawah.
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=b728017f5d554a22b4fbd6d1c2dcef1c
Lepas ni jangan terkejut la ye awok awok semua.
Selain makanan yang harga kayangan, Temerloh juga ada daya tarikan yang baharu iaitu rumah rakit. Ye, rumah peranginan di atas rakit berlatar suasana sungai Pahang.
Lokasinya agak strategik iaitu di Esplanade 1 Temerloh atau jalan Wagga Wagga atau senang cakap ikut belakang Masjid Abu Bakar Temerloh.
Sebab apa strategik, sebab kalau anda amik pakej pada hujung minggu, anda dapat merasai pengalaman pekan sari, pasar pagi, pasar anak muda dan CBS semuanya sekaligus sebab berdekatan semuanya.
Jadi apa tunggu lagi jom semak harganya. Difahamkan rumah rakit ini ada 2 jenis. Iaitu rumah 2 bilik dan satu lagi rumah jenis 3 bilik.
Dibawah adalah senarai pakej mengikut jenis rumah dan nombor pic untuk dihubungi.
RUMAH RAKIT MPT (DEKAT SG.PAHANG)
..
🏚️Bayar RM 350
✅2bilik (LIMIT 11ORG DEWASA )
✅2 hari 1 malam
✅Bole masak ada Dapur
✅peti Sejuk
✅Bole BBQ
✅Bole memancing
✅Econ
🏚️RM 450 ( WEEKDAY )
🏚️RM 500 (WEEKEND )
✅ 3 bilik (VIP)(15 ORG DEWASA)
✅2 hari 1 malam
✅Bole masak Ada Dapur
✅Peti sejuk
✅Bole BBQ
✅Bole mancing
✅Econ
wasap.my/60196484678/RUMAHRAKITMPT
Boleh lihat koleksi gambar dibawah untuk rujukan.
Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...