Monday, June 15, 2026

karnival 1 Dekad Maahad Tahfiz Al Istiqamah . Mari saksikan persembahan nasyid INTEAM.

 

Anda peminat kumpulan INTEAM? Ingat lagi ke lagu Kasih Kekasih? Lagu Setanggi Syurga? serta lagu Bazooka Penaka? Oh silap itu Wings.

Apapun sertai Karnival Satu Dekad Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Dapatkan tiker dengan harga bermula RM20.

Untuk Makluman, Maahad Tahfiz menganjurkan Karnival selama dua hari ini pada 19hb dan 20hb Jun 2026. Beberapa pengisian menarik telah dirancang antaranya Ceramah Khas, Nasyid, Sukaneka, dan Gerai Jualan.

Persembahan Nasid dari Kumpulan InTeam pula dijaualkan berlangsung pada 19 Jun 2026 tepat jam 9.00 malam.

Tiket boleh didapati secara dalam talian jika berminat.




Jawatan Kosong di Carsome Temerloh


 Carsome Temerloh menawarkan kekosongan jawatan sebagai Branch Support Admin. Kekosongan ini terbuka kepada semua yang berminat dan berkelayakan dan bersemangat waja.

Gaji ditawarkan adalah antara RM2000 hingga RM2600. Taraf pekerjaan adalah tetap. Berpengalaman lebih daripada 2 tahun dalam bidang sales amatlah membantu anda. Berpengalaman dalam bidang automatif juga boleh menjadi nilai tambah,

Jika berminat, mohon pekerjaan ini secara dalam talian melalui link dibawah,

https://malaysia.indeed.com/viewjob?jk=34f7c4bed7babe86&from=shareddesktop_copy

Friday, June 12, 2026

Beberapa Tabung Masjid Dipecah Berhampiran Waktu Subuh Di Felda Triang 1


 

BERA – Jemaah dan pihak pengurusan Masjid Al-Hidayah, Felda Triang 1 di sini dikejutkan dengan kejadian pecah tabung masjid yang dipercayai berlaku sebelum masuknya waktu solat subuh, semalam.

​Kejadian tersebut mula tular selepas beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan pencerobohan dan kerosakan pada tabung-tabung berkenaan dikongsi oleh komuniti setempat di platform media sosial.

​Kronologi Kejadian

​Berdasarkan maklumat awal dan hantaran yang tular, suspek dipercayai memecah masuk ke dalam kawasan masjid ketika keadaan persekitaran masih sunyi.

  • Sasaran Pencerobohan: Antara tabung yang dikenal pasti menjadi sasaran termasuklah Tabung Anak Yatim, Tabung Kebajikan, dan Tabung Masjid.
  • Kesan Kerosakan: Gambar di tempat kejadian menunjukkan mangga kunci tabung telah dipotong atau diumpil, dengan sisa serpihan simen atau dinding kelihatan bertaburan di atas permaidani masjid.
  • Tabung Tong Gas Dipercayai Turut Ditebuk: Selain tabung dinding dan tabung berdiri, sebuah tabung khas yang diperbuat daripada tong gas memasak (tertera nama Masjid Al-Hidayah Felda Triang Satu) turut kelihatan rosak di bahagian atas, dipercayai akibat ditebuk oleh pelaku untuk mengeluarkan wang tunai di dalamnya.

​Reaksi Netizen dan Penduduk Setempat

​Rata-rata penduduk setempat dan netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab ini. Ramai yang melahirkan rasa terkilan kerana tabung yang dikhasarkan untuk golongan memerlukan, terutamanya tabung anak yatim, turut menjadi mangsa kerakusan jenayah.

​"Duit untuk anak yatim dan kebajikan pun sanggup dilesapkan. Memang dah hilang nilai kemanusiaan dalam diri pelaku," ulas salah seorang pengguna media sosial.


​Pihak kariah masjid dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu mencurigakan di sekitar kawasan Felda Triang 1 sebelum waktu subuh tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan. Kes pencerobohan seumpama ini diharap dapat diselesaikan segera oleh pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan rumah ibadat di daerah ini.

Wednesday, June 10, 2026

Jawatan Kosong RHB Bank Mentakab Jun 2026.


 

Jiak anda mempunyai kelulusan dan pengalaman yang bersesuaian, anda mungkin boleh memohon jawatan sebagai Business Development Manager di RHB Cawangan Mentakab.

Jika anda berkelulusan ijazah, itu lagi satu kelebihan anda berbanding mereka yang ada setakat diploma sahaja. Lulusan pusat giatmara duduk jauh jauh.

Jika berminat anda boleh memohon secara dalam talian melalui link dibawah,

https://my.jobstreet.com/job/92333740/apply?sol=14d2638f0498386da049e59927e6b4e03a200cb2

Tawaran menyewa gerai Majlis Perbandaran Temerloh

 

TAWARAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 


1. Kiosk Esplanade II, Temerloh

2. Gerai Terminal Lurah Semantan, Temerloh

3. Gerai Taman Tasik Chatin, Mentakab

4. Gerai Berkunci Pasar Kuala Krau, Kuala Krau

5. Gerai MPT Kuala Krau, Kuala Krau


Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Temerloh atau sila imbas QR code yang disediakan.


Sebarang pertanyaan sila hubungi : 09-2901546 / 09-2901549


Tarikh tutup permohonan pada 23 Jun 2026.



Friday, June 5, 2026

𝗠𝗣𝗧 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗝𝗘𝗧𝗜, 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜

 


5 Jun 2026 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terus komited dalam menyediakan kemudahan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat menerusi pelaksanaan projek pembinaan tangga Jeti Pendaratan Hasil Sungai di Tapak Pekan Sari, Temerloh.


Projek ini merupakan hasil inisiatif dan kelulusan Yang Dipertua MPT, Tuan Rizal bin Mustafa, yang melihat kemudahan tersebut sebagai satu keperluan mendesak bagi nelayan sungai dan peniaga hasil sungai yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka.


Bagi meninjau perkembangan projek serta memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan pengguna, satu sesi lawatan tapak telah diadakan semalam yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT, bersama Ahli-Ahli Majlis MPT, pegawai Jabatan Kejuruteraan MPT serta wakil Persatuan Nelayan Sungai dan peniaga hasil sungai.


Pembinaan tangga jeti ini dijangka dapat meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan akses kepada pengguna, sekali gus melancarkan urusan pendaratan hasil sungai yang menjadi sumber pendapatan kepada ramai penduduk setempat.


MPT sentiasa komited untuk mendengar suara rakyat dan melaksanakan penyelesaian yang memberi impak positif kepada komuniti. Setiap pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar projek fizikal, malah merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.


Bagi sesetengah pihak, ia mungkin hanya sebuah tangga jeti. Namun bagi nelayan dan peniaga hasil sungai, ia adalah kemudahan yang memudahkan rezeki harian mereka.


Mungkin kecil pada pandangan mata, tetapi besar nilainya kepada mereka yang mencari rezeki di sungai setiap hari. Kerana bagi MPT, setiap keperluan rakyat wajar diberi perhatian dan setiap usaha yang memudahkan urusan masyarakat adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.


Pembangunan yang terbaik bukan semestinya yang paling besar, tetapi yang benar-benar menyelesaikan keperluan rakyat.



Sumber: https://www.facebook.com/share/18v4J7rxvb/

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh

Tiktok: @mptemerloh

Instagram: @majlisperbandarantemerloh

Laman Web: http://www.mpt.gov.my


JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM


#AmazingTemerloh

#TemerlohTitikTengahSemenanjung

#temerlohbandarikanpatin

#Temerloh

#DemiKesejahteraanKomuniti

Thursday, June 4, 2026

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja. tutup pada 16 Jun 2026.


 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang berminat. 

Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut.


Untuk mengetahui syarat-syarat dan kriteria serta cara memohon anda boleh lihat lampiran dibawah.





Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...