Friday, June 5, 2026

𝗠𝗣𝗧 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗝𝗘𝗧𝗜, 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜

 


5 Jun 2026 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terus komited dalam menyediakan kemudahan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat menerusi pelaksanaan projek pembinaan tangga Jeti Pendaratan Hasil Sungai di Tapak Pekan Sari, Temerloh.


Projek ini merupakan hasil inisiatif dan kelulusan Yang Dipertua MPT, Tuan Rizal bin Mustafa, yang melihat kemudahan tersebut sebagai satu keperluan mendesak bagi nelayan sungai dan peniaga hasil sungai yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka.


Bagi meninjau perkembangan projek serta memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan pengguna, satu sesi lawatan tapak telah diadakan semalam yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT, bersama Ahli-Ahli Majlis MPT, pegawai Jabatan Kejuruteraan MPT serta wakil Persatuan Nelayan Sungai dan peniaga hasil sungai.


Pembinaan tangga jeti ini dijangka dapat meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan akses kepada pengguna, sekali gus melancarkan urusan pendaratan hasil sungai yang menjadi sumber pendapatan kepada ramai penduduk setempat.


MPT sentiasa komited untuk mendengar suara rakyat dan melaksanakan penyelesaian yang memberi impak positif kepada komuniti. Setiap pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar projek fizikal, malah merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.


Bagi sesetengah pihak, ia mungkin hanya sebuah tangga jeti. Namun bagi nelayan dan peniaga hasil sungai, ia adalah kemudahan yang memudahkan rezeki harian mereka.


Mungkin kecil pada pandangan mata, tetapi besar nilainya kepada mereka yang mencari rezeki di sungai setiap hari. Kerana bagi MPT, setiap keperluan rakyat wajar diberi perhatian dan setiap usaha yang memudahkan urusan masyarakat adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.


Pembangunan yang terbaik bukan semestinya yang paling besar, tetapi yang benar-benar menyelesaikan keperluan rakyat.



Sumber: https://www.facebook.com/share/18v4J7rxvb/

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh

Tiktok: @mptemerloh

Instagram: @majlisperbandarantemerloh

Laman Web: http://www.mpt.gov.my


JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM


#AmazingTemerloh

#TemerlohTitikTengahSemenanjung

#temerlohbandarikanpatin

#Temerloh

#DemiKesejahteraanKomuniti

Thursday, June 4, 2026

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja. tutup pada 16 Jun 2026.


 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang berminat. 

Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut.


Untuk mengetahui syarat-syarat dan kriteria serta cara memohon anda boleh lihat lampiran dibawah.





Tuesday, May 5, 2026

Jawatan Kosong SSF Home Temerloh


 SSF Home cawangan Temerloh mencari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai Pengurus Cawangan.

Lokasi adalah di Cawangan Temerloh. Taraf perjawatan adalah tetap. Gaji ditawarkan adalah antara RM3500 hingga RM5000.

Jika berminat, boleh terus memohon secara online melalui link dibawah.

https://my.jobstreet.com/job/91642346?ref=search-standalone&type=standard&origin=jobTitle#sol=44f1cb394f4708d277cfe8881bc793e750236993

Suspek mencuri kedai emas di Temerloh pada 27 April lalu berjaya ditangkap.




Dua lelaki telah berjaya diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian barang kemas dari sebuah kedai emas di Jalan Ahmad Shah, Temerloh, yang berlaku pada 27 April 2026. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan pada hari Ahad, masing-masing di Arau, Perlis dan di Kuantan, Pahang. Suspek pertama berusia 46 tahun yang bekerja sebagai juruteknik elektrik ditahan pada jam 11.50 pagi di Kampung Padang Siding, Arau, manakala suspek kedua yang bekerja sebagai buruh ditahan pada jam 10.45 malam di kawasan Perumahan Makmur Hijrah Jaya 4, Kuantan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek pertama mengaku terlibat secara langsung dalam kecurian tersebut, manakala suspek kedua berperanan sebagai pemandu kenderaan semasa kejadian. Kedua-dua mereka juga mengaku bahawa barangan kemas yang dicuri telah dijual. Difahamkan, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 

Dalam kejadian tersebut, sekitar jam 1.20 tengah hari, salah seorang suspek dipercayai memperdaya pemilik kedai emas dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas rantai tangan emas seberat lebih lapan gram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000. Kejadian itu menjadi tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan dikongsi di media sosial, sekaligus membantu pihak polis mengenal pasti dan menjejaki suspek

sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/778487/berita/semasa/dua-suspek-kes-curi-barang-kemas-berjaya-dicekup

Pengambilan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam Daerah Temerloh 2026


 PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELA PERTAHANAN AWAM BAGI TAHUN 2026

APM mengalu-alukan orang awam yang berminat dan memenuhi syarat untuk menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam dan seterusnya mengenal ilmu Pertahanan Awam.
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam:
▫️Warganegara Malaysia 18 Tahun ke atas
▫️Terbuka kepada Lelaki dan Wanita
▫️Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
▫️Boleh Membaca dan Menulis
▫️Sihat Tubuh Badan
▫️Tidak menyertai badan uniform yang lain
▫️Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Kelebihan Menyertai
✅ Penawaran Kursus yang pelbagai
✅ Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
✅ Uniform APM diberi secara percuma kepada yang Aktif
✅ Pembayaran elaun mengikut kadar semasa
✅ Mendapat rawatan terkurang di Hospital Kerajaan
Permohonan boleh di buat secara online melalui pautan
atau boleh scan QR CODE yang telah disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 09-296 7991 atau boleh hadir ke pejabat beralamat Pejabat Daerah Pertahanan Awam Temerloh, Jalan Taman, 28000 Temerloh,Pahang

Thursday, April 23, 2026

Dua produk ditarik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Pahang 23.4.26

 


Oleh : Norhafizan Zulkifli

KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.

JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.

JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber-PAHANGMEDIA


Gambar produk seperti dibawah:

Klik untuk besarkan imej




























Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...