PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELA PERTAHANAN AWAM BAGI TAHUN 2026
Tuesday, May 5, 2026
Pengambilan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam Daerah Temerloh 2026
PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELA PERTAHANAN AWAM BAGI TAHUN 2026
Thursday, April 23, 2026
Dua produk ditarik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Pahang 23.4.26
Oleh : Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 23 APRIL 2026 : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta.
Syarikat yag dinamakan ialah GoodFood Industries Sdn. Bhd. dan NKM (Kuantan) Sdn. Bhd.
JAIP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pahang Bilangan 4, Sesi 1 Tahun 2026.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat status halal sesuatu produk atau premis diperoleh daripada sumber yang sahih.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat serta merujuk kepada pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
JAIP turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber-PAHANGMEDIA
Gambar produk seperti dibawah:
Klik untuk besarkan imej
Wednesday, April 22, 2026
Karnival Pahang Berbusana 2.0 23hb April hingga 26hb April 2026 di Dataran Temerloh.
Tak tahu nak kemana minggu ni?
Tak perlu kemana-mana kerana Temerloh bakal gegak gempita minggu ni dengan kehadiran pendekar dan pendekarwati yang segak berbusana tradisional.
Mat motor yang main rem malam-malam minggu tu pun digalakkan memakai tanjak sambil rem bingit motor tu ye.😁
Aa yang menarik kat sini? Kalau tengok dekat dataran tu khemah dan kanopi dah siap dipasang. Tinggal vendor dan agensi yang berkaitan masuk untuk set-up booth masing-masing je.Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menarik seperti cabutan bertuah untuk event larian. Dengan syarat anda join la dulu larian tu. Ada juga teka biji labu dan semestinya yang paling besat dapat menang kereta dari cabutan hadia utama event.
Nak tahu lebih lanjut anda sendiri kena hadiri di Dataran Temerloh bermula khamis 23hb April 2026. Jangan lupa bawa keluarga anda dan keluarga janda sebelah untuk memeriahkan acara ini.😀
Sunday, April 5, 2026
Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di Charuk Puting Temerloh. Jenayah membawa padah🥴
Wednesday, March 25, 2026
Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26
Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada hari Khamis, 26 Mac 2026.
Butiran Gangguan:
- Tarikh & Masa: Bermula jam 9:00 pagi sehingga 9:00 malam (jangkaan 12 jam).
- Sebab: Kerja-kerja baik pulih komprehensif dan penyelenggaraan paip pengepaman serta instrumen penting di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar.
- Kawasan Terlibat (Maran): Jengka 17, 18, 19, 23, Felda Sungai Nerek, Felda Kampung Awah dan kawasan sekitar.
- Kawasan Terlibat (Temerloh): Kampung Batu Sawar, Kampung Dingkir, Kampung Kerai, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Purun, Kampung Macang Manis, Kampung Paya Sendayan, KOA Paya Sendayan, Kampung Galok Kecil, Kampung Nuor, Kampung Paya Perak, Kampung Padang Paku, KOA Padang Paku dan kawasan sekitar.
Langkah Bantuan:
- Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan menyediakan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, dan pusat dialisis.
- Sebanyak 40 lori tangki, 8 lori tangki jumbo, dan 150 tangki statik akan digerakkan untuk membantu pengguna yang terjejas.
Saranan:
Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999.
Rumah Terbuka YB Temerloh pada Sabtu 28 mac 2026.
Sabtu ini 28 mac 2026 kalau anda rasa bosan tak pergi kemana-mana, anda kena serbu rumah terbuka YB Temerloh.
Wednesday, March 11, 2026
Jawatan kosong sebagai Trainee Store Manager BATA di Temerloh
Syarikat kasut yang terkenal iaitu BATA memcari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi keksongan sebagai Trainee Store Manager. Gaji ditawarkan bermula dari RM2500. Ada pelbagai faedah menarik jika menyertai kumpulan ini.
Jika berminat, pemohon boleh terus memohon secara online melalui link dibawah.
MOHON SEKARANGCukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.
Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...
-
📢 IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mempelawa Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rak...
-
Mentakab Mall Sdn Bhd yang menguruskan dan menyelenggara Mentakab Mall mencari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekoson...
-
Kepada yang berminat, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membuka pelbagai kekosongan bertaraf MyStep. Permohonan adalah secara dalam talian...
































