Tak tahu nak kemana minggu ni?
Tak perlu kemana-mana kerana Temerloh bakal gegak gempita minggu ni dengan kehadiran pendekar dan pendekarwati yang segak berbusana tradisional.
Mat motor yang main rem malam-malam minggu tu pun digalakkan memakai tanjak sambil rem bingit motor tu ye.😁
Aa yang menarik kat sini? Kalau tengok dekat dataran tu khemah dan kanopi dah siap dipasang. Tinggal vendor dan agensi yang berkaitan masuk untuk set-up booth masing-masing je.Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menarik seperti cabutan bertuah untuk event larian. Dengan syarat anda join la dulu larian tu. Ada juga teka biji labu dan semestinya yang paling besat dapat menang kereta dari cabutan hadia utama event.
Nak tahu lebih lanjut anda sendiri kena hadiri di Dataran Temerloh bermula khamis 23hb April 2026. Jangan lupa bawa keluarga anda dan keluarga janda sebelah untuk memeriahkan acara ini.😀






