Saturday, October 11, 2025

Jawatan Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang. Mohon sebelum 23 Okt 2025.

 

𝐁𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐏𝐇𝐏!


Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) mempelawa warganegara Malaysia khususnya anak kelahiran Pahang yang berkelayakan, berintegriti dan beriltizam tinggi untuk menyertai pasukan kami bagi mengisi jawatan berikut:


1. Pengurus (Gred 3/4)

2. Jurutera (Gred 5/6)

3. Eksekutif (Gred 5/6)

4. Eksekutif Akaun (Gred 5/6)

5. Eksekutif Undang-Undang (Gred 5/6)

6. Pemandu Ketua Pegawai Eksekutif (Gred 14/15)


📩 Permohonan hendaklah dihantar melalui e-mel ke: 𝐡𝐫@𝐥𝐩𝐡𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲


Atau alamatkan permohonan anda ke:

𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠,

𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝟕, 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚,

𝟐𝟓𝟎𝟎𝟎 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫.


📅 Tarikh tutup permohonan: 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓


Maklumat lanjut dan semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan berikut:

👉 https://qrco.de/bgN93f


Thursday, October 9, 2025

Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2025. Due date 23 Okt 2025. Sebarkan dekat janda sebelah.

Berita baik buat anak muda. Suruhanjaya perkhidmatan awam Negeri Pahang membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat dan berkelayakan.
 

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan tetap  seperti berikut :-


1.  Penolong Pegawai Veterinar Gred G5

2. Penolong Pegawai Pertanian Gred S5

3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5

4. Pengawas Hutan Gred G1

5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1

6. Pembantu Syariah Gred LS1

7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1

8. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1

9. Pembantu Perikanan Gred G1

10. Pembantu Khidmat Am (Operator Loji) Gred H1

https://espanp2.pahang.gov.my












Wednesday, October 8, 2025

Wanita Guna Helah Ambil Telefon, Larikan Barang Kemas di Temerloh

 


​Satu kes kecurian yang tular di media sosial telah dilaporkan berlaku di sebuah kedai emas di Temerloh pada 4 Oktober. Kejadian ini melibatkan seorang wanita yang menggunakan taktik licik untuk melarikan barang kemas.

​Wanita tersebut pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan di kedai emas itu. Modus operandi yang digunakan adalah dengan memberikan alasan mahu mengambil telefon bimbit di dalam keretanya. Namun, helah ini hanyalah sebagai gimik untuk dia melarikan diri dari premis tersebut. Dalam sekelip mata, dia berjaya melarikan rantai emas dan cincin emas yang telah ditunjukkan kepadanya.



​Pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha mengesan dan memburu wanita yang terlibat. Susulan kejadian tersebut, video yang merakamkan aksi kecurian itu telah tular di media sosial, sekali gus membantu usaha mengenal pasti suspek. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan.

​Pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan agar suspek dapat dibawa ke muka pengadilan

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh: 10hb - 12hb Oktober 2025.



Warga Temerloh sekalian alam, selain foodfest, car boot sale dan pekan sehari, Bandar Temerloh dijangka meriah pada hujung minggu ini kerana adanya program yang best dan menarik.

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh akan menampilkan pelbgai aktiviti menarik untuk disertai oleh orang ramai. Antara program yang dianjurkan adalah seperti berikut:

Aktiviti pada 10 OKTOBER 2025 (JUMAAT) - Penyertaan: Semua Sekolah, Jabatan, Agensi, JPKK, IPT, Swasta, NGO & Orang Ramai

1. HSN2025 Pahang Online Fitness Challenge - JUMPING JACK


Aktiviti pada 11 OKTOBER 2025 (SABTU) - Lokasi : Dataran Tok Gajah, Temerloh 

1. TUG OF WAR Challenge 

2. STRONGMAN

3. TRUCK 4X4 Gathering

4. EXPLORACE Belia Temerloh 

5. PERTANDINGAN MEMANAH Tradisional

6. Mari Mencuba MEMANAH TRADISIONAL

7. Mari Mencuba SEPAK & GOL

8. Mari Mencuba TIC TAC TOE

9. Mari Mencuba ATV

10. Cabaran Lastik Slingshot

11. FUN FIT Challenge 

12. Senaman HSN2025 Pahang Online Fitness Challenge

13. Larian Ria MADANI HSN2025 

14. Kayuhan MADANI HSN2025 

15. Jualan RAHMAH

16. Pemeriksaan Kesihatan & Pameran 


Aktiviti pada 12 OKTOBER (AHAD) -

1. Pertandingan PINGPONG Perseorangan - Lokasi : Dewan Taman Pulai Idaman, Paya Pulai

2. Senaman TAI CHI - Lokasi : Gelanggang Bola Keranjang Taman Bukit Bendera

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh semak page Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh dibawah.

https://www.facebook.com/share/p/1FrWmQuwqq/

Sunday, September 28, 2025

Penjaja buah Traffic Light muncul kembali. Adakah mereka berniaga secara sah?

Semalam hajat nak meronda bandar Temerloh. Sebaik keluar dari plaza tol Temerloh, ternampaklah penjaja-penjaja buah di Traffic light berdekatan. Rasanya tahun lepas pihak berkuasa MPT sudahpun melumpuhkan operasi mereka.( Lihat paparan akhbar dibawah)



Kini mereka muncul kembali. Adakah mereka terlalu kebal? Berani mencabar pihak berkuasa? 

Bahayanya tindakan mereka boleh mengganggu aliran trafik

 Selain membahayakan nyawa mereka, nyawa pembeli juga tidak boleh dikompromi. Adakah mereka peniaga yang sah? Yang ada suntikan? Yang dijamin halal haram penyediaan makanan mereka?

Justeru itu, kepada pihak berkuasa MPT teruskan tindakan membanteras peniaga jalanan ini secara berkala.


 

Friday, September 26, 2025

Jungle Girl beri sumbangan kepada SMK Kuala Krau serta taja program pelajar ke Abu Dhabi. Syabas anak muda.

 

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fida atau lebih dikenali dengan nama Jungle Girl, tampil berkongsi mengenai sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada SMK Kuala Krau di Temerloh, Pahang.


Menerusi perkongsian di media sosial, Nur Rafidah Man, 27, difahamkan turut menghulurkan pemberian beberapa unit televisyen pintar (Smart TV) bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.


Tidak hanya itu, beliau juga menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas dari sekolah sama yang bakal berangkat ke Abu Dhabi.


Sumber: https://says.com/my/seismik/fida-jungle-girl-taja-pelajar-smk-kuala-krau-ke-abu-dhabi-hulur-bantuan-smart-tv-rm100000

Thursday, September 25, 2025

Kursus Asas Perkahwinan untuk warga Temerloh. Dah tak sabar nak kawin hujung tahun ni?

 

Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) secara bersemuka Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh Siri 10/2025 akan diadakan pada ketetapan berikut;


Tarikh: 25-26 Oktober 2025 

Hari: Sabtu dan Ahad

Tempat: Dewan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Link pendaftaran kursus:

 https://emunakahat.pahang.gov.my/

Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Hanya 80 orang pertama sahaja yang membuat pembayaran berjumlah RM120.00 dan menerima resit bukti pembayaran adalah disahkan tempat dan penyertaan.

PERHATIAN!

Sila buat bayaran secara TUNAI dengan kadar segera di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh bagi mengesahkan penyertaan. Penerimaan bayaran adalah secara " 1st come 1st serve". Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-2961321.


Sumber:  FB Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...