Tuesday, April 8, 2025

Kanak-Kanak Maut kemalangan di LPT berhampiran Kg Awah.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Nurul Lara Maisarah Mohd Hafiz, maut dalam kemalangan di Kilometer 147.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur pada Isnin sekitar jam 1.40 petang. 

Kemalangan berlaku ketika ibu mangsa yang memandu Honda Civic hilang kawalan akibat cuaca hujan, menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar penghadang jalan. Akibatnya, Nurul Lara tercampak keluar ke laluan bertentangan dan terkena cermin hadapan Perodua Myvi yang datang dari arah berlawanan. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi anak pasangan itu, berusia sembilan tahun, mengalami kecederaan ringan, manakala ibu bapa mereka tidak cedera. 

Pemandu Perodua Myvi dan keluarganya mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wednesday, March 26, 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang. Tutup sebelum 9 April 2025

 

Berita baik untuk mereka yang masih tunggu buah anggur.

Suruhanjaya perkhidmatan awam Negeri Pahang membuka pelbagai kekosongan untuk diisi. 

Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

1. Pegawai Undang-Undang Gred L9 (Kontrak)

2. Juruaudit Gred W9 (Kontrak)

3. Penolong Juruaudit Gred W5 (Kontrak)


Jika berminat boleh daftar dan mohon secara online melalui link dibawah

https://espanp2.pahang.gov.my


Iklan jawatan kosong adalah seperti dibawah 





Friday, March 21, 2025

Temerloh Bandar Paling Bahagia 2025. Ye ke Bahagia?

 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam telah mengumumkan dan memberi anugerah kepada 20 buah bandar sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2025.

Jerantut turut diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 buah bandar yang Bahagia itu.

Berikut adalah senarai 20 buah bandar yang diiktiraf KPKT.

1. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) 

■ Bandar Lipis, Pahang; 

■ Cameron Highlands, Pahang; Bandar Kuala Krai, Kelantan; 

■ Bandar Baharu, Kedah; Π Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan; 

■ Bandar Jerantut, Pahang; 

■ Bandar Jelebu, Negeri Sembilan; 

dan Bandar Telupid, Sabah. 

2. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran) 

■ Bandar Bintulu, Sarawak; 

■ Bandar Temerloh, Pahang; Bandaraya Diraja Klang, Selangor; 

■ Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan;

 ■ Bandar Jasin, Melaka; Bandar Pontian, Johor;

 ■ Bandar Ampang Jaya, Selangor;

 ■ Bandar Batu Pahat, Johor; 

 ■ Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka;

 ■ Bandaraya Petaling Jaya, Selangor; 

■ Bandaraya Johor Bahru, Johor; 

dan Bandar Putrajaya, Wilayah Persekutu Putrajaya

Thursday, March 13, 2025

Bantuan Khas Aidil Fitri RM1k untuk penjawat awam Negeri Pahang.


 Alhamdulillah... Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy semalam.

Beliau memberitahu bahawa semua penjawat awam Negeri Pahang akan menerima bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM1000 seorang.

Bantuan itu akan diterima sekurangnya seminggu sebelum Aidilfitri.

Sumber: Pahang Media

Friday, March 7, 2025

Makluman penutupan Jalan Kampung Tanjung Batu untuk kerja-kerja ECRL

 

📢 PEMBERITAHUAN 📢


PENUTUPAN PENUH JALAN KAMPUNG TANJUNG BATU, TEMERLOH, PAHANG


Dimaklumkan bahawa penutupan penuh laluan di Jalan Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang akan dilaksanakan bagi kerja-kerja pemasangan saluran paip air hujan di Jambatan ECRL bersempena dengan projek East Coast Rail Link (ECRL) Section 6.


🔹 Tarikh: 11, 12 & 13 Mac 2025

🔹 Hari: Selasa, Rabu & Khamis

🔹 Masa: 08:00 pagi - 05:00 petang

🔹 Durasi: Penutupan penuh selama 8 jam/hari


Pengguna jalan raya dimohon untuk menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan mematuhi papan tanda arah sepanjang tempoh penutupan.


Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda.



Sumber: FB JKR Temerloh

Pendaftaran anak ke Darjah 1 sesi 2026 sudah boleh mula mendaftar.

 

Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026


Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan:


📱 https://idme.moe.gov.my

Thursday, March 6, 2025

Negara yang paling lama waktu berpuasa dan paling sekejap berpuasa.

 

Tahukan anda kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga selama berapa jam sepanjang bulan puasa ni?

Waktu solat sebenarnya sering berubah kerana faktor pergerakan bumi pada paksinya. Kita ambil purata, sebenarnya kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib selama lebih kurang 13jam 30minit. Hebat bukan? Kita mampu berpuasa lebih daripada separuh hari.

Tetapi ada negara lain yang lebih lama dari kita , dan ada juga yang lebih cepat berbuka dari kita. 

Negara berpuasa terpanjang jatuh kepada negara Iceland. Mereka berpuasa lebih kurang 17 jam 30minit dalam sehari.

Negara berpuasa terpendek pula jatuh kepada negara New Zealand. Penduduk muslim disana berpuasa hanya 11jam 20minit sahaja sehari.

Menarik bukan? Agak-agaknya negara mana anda nak duduk sepanjang bulan puasa ni.

 

Cukai tanah dah bayar belum? Ini cara mudah bayar secara online. Mak ayah dah tak perlu tunggu lama di pejabat tanah.

  Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...