Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan

Thursday, March 13, 2025

Bantuan Khas Aidil Fitri RM1k untuk penjawat awam Negeri Pahang.


 Alhamdulillah... Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy semalam.

Beliau memberitahu bahawa semua penjawat awam Negeri Pahang akan menerima bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM1000 seorang.

Bantuan itu akan diterima sekurangnya seminggu sebelum Aidilfitri.

Sumber: Pahang Media

Friday, March 7, 2025

Makluman penutupan Jalan Kampung Tanjung Batu untuk kerja-kerja ECRL

 

📢 PEMBERITAHUAN 📢


PENUTUPAN PENUH JALAN KAMPUNG TANJUNG BATU, TEMERLOH, PAHANG


Dimaklumkan bahawa penutupan penuh laluan di Jalan Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang akan dilaksanakan bagi kerja-kerja pemasangan saluran paip air hujan di Jambatan ECRL bersempena dengan projek East Coast Rail Link (ECRL) Section 6.


🔹 Tarikh: 11, 12 & 13 Mac 2025

🔹 Hari: Selasa, Rabu & Khamis

🔹 Masa: 08:00 pagi - 05:00 petang

🔹 Durasi: Penutupan penuh selama 8 jam/hari


Pengguna jalan raya dimohon untuk menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan mematuhi papan tanda arah sepanjang tempoh penutupan.


Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda.



Sumber: FB JKR Temerloh

Pendaftaran anak ke Darjah 1 sesi 2026 sudah boleh mula mendaftar.

 

Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026


Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan:


📱 https://idme.moe.gov.my

Thursday, March 6, 2025

Negara yang paling lama waktu berpuasa dan paling sekejap berpuasa.

 

Tahukan anda kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga selama berapa jam sepanjang bulan puasa ni?

Waktu solat sebenarnya sering berubah kerana faktor pergerakan bumi pada paksinya. Kita ambil purata, sebenarnya kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib selama lebih kurang 13jam 30minit. Hebat bukan? Kita mampu berpuasa lebih daripada separuh hari.

Tetapi ada negara lain yang lebih lama dari kita , dan ada juga yang lebih cepat berbuka dari kita. 

Negara berpuasa terpanjang jatuh kepada negara Iceland. Mereka berpuasa lebih kurang 17 jam 30minit dalam sehari.

Negara berpuasa terpendek pula jatuh kepada negara New Zealand. Penduduk muslim disana berpuasa hanya 11jam 20minit sahaja sehari.

Menarik bukan? Agak-agaknya negara mana anda nak duduk sepanjang bulan puasa ni.

 

Wednesday, March 5, 2025

Zakat Fitrah Pahang kekal .. pelbagai saluran untuk membuat bayaran. Tunaikan zakat fitrah anda sebelum terlupa dan terlambat

 

Sudahkah anda tunaikan zakat fitrah anda untuk ramadhan 1446H tahun ini? 

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan keatas semua muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Zakat ini bertujuan untuk menyucikan diri dan berbahagi kesenangan dengan mereka yang kurang mampu.

Waktu untuk membuat pembayaran zakat adalah sejak awal ramadhan sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri. 

Jadi buat pembaca Temerloh Dihatiku, sudahkan anda menunaikan zakat anda. Selalunya setiap masjid masjid akan ada amil yang menunggu selepas solat jemaah. Pada waktu ini anda berpeluang untuk membayar zakat anda.

Anda juga boleh membayar zakat fitrah di pejabat Majlis Ugama Islam dan  Adat Resam Melayu Pahang setiap daerah ada pejabatnya.

Anda juga boleh membuat bayaran secara online. Tetapi harus ingat jangan masuk ke bayaran online negeri lain.. lebih afdal kalau kita kerja di Pahang dan bayar zakat fitrah ke negeri Pahang juga. 

Oleh itu bayaran untuk zakat fitrah Pahang secara online adalah seperti dibawah.

https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/

Atau anda boleh imbas QR dibawah.

Berapakah kadar zakat anda? Anda tentukan beras apa yang anda gunakan.

Kalau saya..beras paling murah je..



Friday, February 14, 2025

Waktu bekerja Penjawat Awam Negeri Pahang dibulan Puasa separuh hari pada hari Jumaat.

 

KUANTAN, 14 FEBRUARI 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan berakhir lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.

Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.


Titah Paduka Baginda, keputusan ini turut dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu.


“Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.


“Dan saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula,” titah Paduka Baginda.


Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.


Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam.


Titah Paduka Baginda lagi, bulan Ramadan yang bakal tiba turut menjadi waktu dan medan terbaik untuk kembali kepada fitrah dan mengurangkan tumpuan kepada isi hal dunia.


“Saya juga tidak terlepas dalam menghidupkan pembacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat suci Al-Quran bersama-sama pegawai dan staf di Istana Abdulaziz.


“Sesungguhnya, Al-Quran itu bukan sekadar dibaca tetapi difahami dan dihayati maknanya. IImu Al-Quran ini wajib dipelajari secara bertalaqi, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diajarkan oleh malaikat Jibril,” titah Paduka Baginda. -PAHANGMEDIA

Friday, February 7, 2025

Jawatan Kosong Bank Islam Temerloh

 

Peluang untuk warga Temerloh yang mempunyai kelulusan di bidang perbankan atau kewangan atau yang berkaitan.

Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Temerloh membukan kekosongan jawatan bagi bulan Februari 2025.

Jawatan yang ditawarkan adalah :

Marketing Officer, Vehicle Financing Sales Hub (Temerloh)

Bagi mereka yang berminat, boleh terus membuat permohonan melalui link dibawah.


Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...