Posts

Negara yang paling lama waktu berpuasa dan paling sekejap berpuasa.

Image
  Tahukan anda kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga selama berapa jam sepanjang bulan puasa ni? Waktu solat sebenarnya sering berubah kerana faktor pergerakan bumi pada paksinya. Kita ambil purata, sebenarnya kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib selama lebih kurang 13jam 30minit. Hebat bukan? Kita mampu berpuasa lebih daripada separuh hari. Tetapi ada negara lain yang lebih lama dari kita , dan ada juga yang lebih cepat berbuka dari kita.  Negara berpuasa terpanjang jatuh kepada negara Iceland . Mereka berpuasa lebih kurang 17 jam 30minit dalam sehari. Negara berpuasa terpendek pula jatuh kepada negara New Zealand . Penduduk muslim disana berpuasa hanya 11jam 20minit sahaja sehari. Menarik bukan? Agak-agaknya negara mana anda nak duduk sepanjang bulan puasa ni.  

Zakat Fitrah Pahang kekal .. pelbagai saluran untuk membuat bayaran. Tunaikan zakat fitrah anda sebelum terlupa dan terlambat

Image
  Sudahkah anda tunaikan zakat fitrah anda untuk ramadhan 1446H tahun ini?  Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan keatas semua muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Zakat ini bertujuan untuk menyucikan diri dan berbahagi kesenangan dengan mereka yang kurang mampu. Waktu untuk membuat pembayaran zakat adalah sejak awal ramadhan sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri.  Jadi buat pembaca Temerloh Dihatiku, sudahkan anda menunaikan zakat anda. Selalunya setiap masjid masjid akan ada amil yang menunggu selepas solat jemaah. Pada waktu ini anda berpeluang untuk membayar zakat anda. Anda juga boleh membayar zakat fitrah di pejabat Majlis Ugama Islam dan  Adat Resam Melayu Pahang setiap daerah ada pejabatnya. Anda juga boleh membuat bayaran secara online. Tetapi harus ingat jangan masuk ke bayaran online negeri lain.. lebih afdal kalau kita kerja di Pahang dan bayar zakat fitrah ke negeri Pahang juga.  Oleh itu bayaran untuk zakat fitrah Pahang secara online ...

Waktu bekerja Penjawat Awam Negeri Pahang dibulan Puasa separuh hari pada hari Jumaat.

Image
  KUANTAN, 14 FEBRUARI 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan berakhir lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari. Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Titah Paduka Baginda, keputusan ini turut dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu. ā€œKeputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari. ā€œDan saya berharap semua akan menunaikan...

Jawatan Kosong Bank Islam Temerloh

Image
  Peluang untuk warga Temerloh yang mempunyai kelulusan di bidang perbankan atau kewangan atau yang berkaitan. Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Temerloh membukan kekosongan jawatan bagi bulan Februari 2025. Jawatan yang ditawarkan adalah : Marketing Officer, Vehicle Financing Sales Hub (Temerloh) Bagi mereka yang berminat, boleh terus membuat permohonan melalui link dibawah. https://careers.bankislam.com.my/job/Marketing-Officer%2C-Vehicle-Financing-Sales-Hub-%28Temerloh%29/1060328166/

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Temerloh Januari 2025.

Image
  Majlis Perbandaran Temerloh membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.  Permohonan adalah dipelawa kepada Semua Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk :   1. Arkitek J9 Kontrak (COS)) 2.  Penolong Pegawai Undang-Undang L5 Kontrak (COS) 3. Pembantu Kemahiran H1 Kontrak (COS)   Cara-Cara Memohon : Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma di :- i) Kaunter Pengawal Keselamatan Kompleks Pejabat Plaza Temerloh Jalan Ahmad Shah 28000 Temerloh ii) Muat Turun Borang dari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh  www.mpt.gov.my   Tarikh tutup permohonan : 07 Februari 2025 jam 5.00 Petang .

Sumbangan Asas Rahmah 2025. Semakan dan pendaftaran baru bermula 15 Jan 2025

Image
  Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersenarai dalam data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024, serta diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.  Kelayakan SARA 2025: Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar/Miskin eKasih): Menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Mac 2025, dan RM200 sebulan dari April hingga Disember 2025. Bujang (Miskin Tegar/Miskin eKasih): Menerima RM50 sebulan sepanjang tahun 2025. Isi Rumah (Penerima STR sahaja): Menerima RM100 sebulan dari April hingga Disember 2025. Warga Emas Tiada Pasangan (Penerima STR sahaja): Menerima RM50 sebulan dari April hingga Disember 2025.  Cara Semakan Kelayakan SARA 2025: 1. Surat Pemakluman: Penerima akan menerima surat kelulusan STR 2025 beserta makluman kelayakan S...

Permohonan Skim Makmur Ternak kepada semua Penternak Daging Ruminan 2025

Image
  Makluman kepada semua penternak di Pahang. Kerajaan negeri bersama jabatan Veterinar Negeri Pahang membuka Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bagi tahun 2025. Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.  Permohonan terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kiteria dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:  1. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai Premis  2. Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.  3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.  4.Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.  5. Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber ...