Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026
Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan:
Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026
Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan:
Tahukan anda kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga selama berapa jam sepanjang bulan puasa ni?
Waktu solat sebenarnya sering berubah kerana faktor pergerakan bumi pada paksinya. Kita ambil purata, sebenarnya kita di Malaysia ni menahan lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib selama lebih kurang 13jam 30minit. Hebat bukan? Kita mampu berpuasa lebih daripada separuh hari.
Tetapi ada negara lain yang lebih lama dari kita , dan ada juga yang lebih cepat berbuka dari kita.
Negara berpuasa terpanjang jatuh kepada negara Iceland. Mereka berpuasa lebih kurang 17 jam 30minit dalam sehari.
Negara berpuasa terpendek pula jatuh kepada negara New Zealand. Penduduk muslim disana berpuasa hanya 11jam 20minit sahaja sehari.
Menarik bukan? Agak-agaknya negara mana anda nak duduk sepanjang bulan puasa ni.
Sudahkah anda tunaikan zakat fitrah anda untuk ramadhan 1446H tahun ini?
Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan keatas semua muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Zakat ini bertujuan untuk menyucikan diri dan berbahagi kesenangan dengan mereka yang kurang mampu.
Waktu untuk membuat pembayaran zakat adalah sejak awal ramadhan sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri.
Jadi buat pembaca Temerloh Dihatiku, sudahkan anda menunaikan zakat anda. Selalunya setiap masjid masjid akan ada amil yang menunggu selepas solat jemaah. Pada waktu ini anda berpeluang untuk membayar zakat anda.
Anda juga boleh membayar zakat fitrah di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang setiap daerah ada pejabatnya.
Anda juga boleh membuat bayaran secara online. Tetapi harus ingat jangan masuk ke bayaran online negeri lain.. lebih afdal kalau kita kerja di Pahang dan bayar zakat fitrah ke negeri Pahang juga.
Oleh itu bayaran untuk zakat fitrah Pahang secara online adalah seperti dibawah.
https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
Atau anda boleh imbas QR dibawah.
Berapakah kadar zakat anda? Anda tentukan beras apa yang anda gunakan.
Kalau saya..beras paling murah je..
KUANTAN, 14 FEBRUARI 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan berakhir lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.
Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Titah Paduka Baginda, keputusan ini turut dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu.
“Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.
“Dan saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula,” titah Paduka Baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam.
Titah Paduka Baginda lagi, bulan Ramadan yang bakal tiba turut menjadi waktu dan medan terbaik untuk kembali kepada fitrah dan mengurangkan tumpuan kepada isi hal dunia.
“Saya juga tidak terlepas dalam menghidupkan pembacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat suci Al-Quran bersama-sama pegawai dan staf di Istana Abdulaziz.
“Sesungguhnya, Al-Quran itu bukan sekadar dibaca tetapi difahami dan dihayati maknanya. IImu Al-Quran ini wajib dipelajari secara bertalaqi, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diajarkan oleh malaikat Jibril,” titah Paduka Baginda. -PAHANGMEDIA
Peluang untuk warga Temerloh yang mempunyai kelulusan di bidang perbankan atau kewangan atau yang berkaitan.
Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Temerloh membukan kekosongan jawatan bagi bulan Februari 2025.
Jawatan yang ditawarkan adalah :
![]() |
Semua pemilik geran di Pahang rasanya sudah menerima dan akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ki...