Posts

Jawatan Kosong AEON Credit Temerloh. Kekosongan Jan 2025

Image
  Jawatan Kosong Sebagai Merchant Service Executive di AEON cawangan Temerloh. Gaji ditawarkan antara RM3500 ke RM3999. Bidang tugas seperti berikut. Untuk memastikan Jualan & operasi Produk Pembayaran Mudah berfungsi dengan baik. Mengekalkan perkhidmatan peniaga tahap yang baik. Untuk memantau prestasi jualan pedagang, mengenal pasti dan membangunkan akaun baharu. Melayani, mengendalikan & membuat susulan aduan & maklum balas peniaga. Penglibatan aktif dengan peniaga. Menjalankan latihan kepada peniaga baru. Untuk mewujudkan dan membina hubungan baik antara organisasi dan pedagang untuk mewujudkan rakan kongsi perniagaan yang setia. Memantau tuntutan jualan dan memastikan tiada tuntutan jualan tamat tempoh. Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan perlu dibuat secara online melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=b728017f5d554a22b4fbd6d1c2dcef1c

Kadar Parking di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh naik kepada 63sen sejam pada 2025

Image
  Lepas ni jangan terkejut la ye awok awok semua. Parking pun naik. Harap lepasni semua parking berbumbung la..banyok ngat taik burung tempat koi parking tu..

Rumah Rakit Temerloh. Ini harga dan pekej yang ditawarkan.

Image
 Temerloh bukan sahaja terkenal dengan pekan sari dan CBS nya yang telah diwartakan didalam Malaysia Book of Record, tetapi ada kelebihan lain lain yang ramai orang luar tak tahu. Selain makanan yang harga kayangan, Temerloh juga ada daya tarikan yang baharu iaitu rumah rakit. Ye, rumah peranginan di atas rakit berlatar suasana sungai Pahang. Lokasinya agak strategik iaitu di Esplanade 1 Temerloh atau jalan Wagga Wagga atau senang cakap ikut belakang Masjid Abu Bakar Temerloh. Sebab apa strategik, sebab kalau anda amik pakej pada hujung minggu, anda dapat merasai pengalaman pekan sari, pasar pagi, pasar anak muda dan CBS semuanya sekaligus sebab berdekatan semuanya. Jadi apa tunggu lagi jom semak harganya. Difahamkan rumah rakit ini ada 2 jenis. Iaitu rumah 2 bilik dan satu lagi rumah jenis 3 bilik. Dibawah adalah senarai pakej mengikut jenis rumah dan nombor pic untuk dihubungi. RUMAH RAKIT MPT (DEKAT SG.PAHANG) ..  🏚️Bayar RM 350 ✅2bilik (LIMIT 11ORG DEWASA ) ✅2 hari 1 mala...

Balai Polis Baru Kuala Krau hampir siap.

Image
  Kalau sesiapa perasan, ada projek pembinaan dekat sebelah mempaga fresh Kuala Krau. Haaa..itulah balai polis baru nanti. Difahamkan proses pembinaanya hampir siap. Selepas ini penduduk Kuala Krau bakal mempunyai Balai Polis yang besar dan luas. Senang nak berurusan. Jika balai polis yang lama, ianya terperosok kedalam sikit. Jadi agak sukar untuk mencari lokasinya jika tidak menggunakan aplikasi google maps. Anda boleh saksikan sedutan dibawah yang mana ianya masih lagi dalam proses pembinaan.

Mengimbau kembali musibah Banjir Besar 2014. Temerloh terkesan teruk waktu itu.

Image
  Banjir besar yang melanda seluruh negara pada 2014 amat dirasai. Pahang khususnya Temerloh antara lokasi yang terjejas teruk ekoran dari musim Monsun Timur Laut yang menurunkan hujan melebihi kebiasaan. Bagi yang ingin mengimbau kembali memori banjir besar satu dekad yang lalu jom kita sama-sama tengok saluran youtube N oah Roslan dibawah. Adakah anda juga ada kenangan sewaktu banjir 2014? Share la ye..

Jawatan Kosong Agrobank Seluruh Negeri Pahang sebagai pegawai pemasaran.

Image
  JAWATAN:PEGAWAI PEMASARAN (DIRECT SALES TEAM)  Tempat: CAWANGAN-CAWANGAN DI PAHANG   Kelayakan : 1.CGPA sekurang-kurangnya 2.5/ Kelas Kedua Atas dalam Diploma atau ljazah Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Pengajian Bank dan lain-lain yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan  2. Mempunyai sekurangnya-kurangnya 6 bulan pengalaman dalam bidang jualan & pemasaran  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mendapat kepujian sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelaiaran yang diambil  4. Berkemahiran menggunakan komputer  5. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik  6. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  7.Kemahiran interpersonal yang cemerlang  8. Berupaya bekerja di bawah penyeliaan yang minima  9. Bertenaga dan bersemangat tinggi  Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume atau curr...

Kesesakan di Jambatan Temerloh. Apakah ada penyelesaian atau hanya penyesalan buat aku yang selalu terlambat pergi kerja.

Image
  Dalam satu hantaran reels rodong kita bernama Hakim Rosli didalam grup Temerloh Group tadi menunjukkan kesesakkan yang teruk bermula dari Hospital lagi. Sememangnya isu kesesakan di Jambatan Temerloh ini sudah berlarutan sekian lama.  Ada pengguna menyarakan pihak PDRM, Trafik turun padang untuk atasi kesesakan ini. Ini dikeruhkan lagi dengan ada pengguna yang potong que tidak bersabar seperti orang lain. Rasanya untung besar JPJ atau Trafik kalau buat operasi . Bagi pihak JKR pula diharapkan kerja-kerja menyiapkan Jambatan baru ini boleh dipercepatkan. Jambatan lama pun ada isu jugak gedegak gedeguk gedegak gedeguk katanya kalau lalu jambatan tu. Apa-apapun harap semua pengguna dapat memandu dengan cermat dan berhati-hati apatah lagi sekarang ini musim hujan.