Friday, December 5, 2025

Dari Pasir Rawa ke Mentakab. Calon ibu negeri suatu masa dahulu.

 

Mentakab secara geografinya terletak di tengah Semenanjung Malaysia. Antara bandar penting di zaman pra-kemerdekaan kerana mempunyai jaringan jalan keretapi yang menghubungi kepada beberapa negeri lain. Atas faktor itulah Mentakab pernah naik nama untuk dipilih sebagai ibu negeri pada tahun 1901 tetapi atas beberapa faktor ianya diketepikan.

Asalnya kawasan Mentakab sekarang digelar sebagai Pasir Rawa. Entah bagaimana Mentakab muncul diri. Orang tempatan menyebut dengan nama Mentekak atau Mentekab. Kalau anda ada info bagaimana nama Mentekak/Mentekab muncul sila tambah di ruangan komentar.

Warga setempat bolehlah berbangga dengan Mentakab Mall atau sebelum ini dikenali sebagai Star Mall. Itupun sekarang sudah suam-suam susu berbanding zaman awal pembukaan. Diharapkan dengan pengurusan baru ini dapat menaikkan semula seri Mentakab Mall ini.

Dekat padang awam Mentakab (bawah masjid besar Mentakab) anda akan nampak ada satu binaan disisi padang. (Rujuk gambar dibawah)

Ini bukanlan kubur lima beranak. Ini sebenarnya monumen menandakan perang sudah tamat dan sebagai memperingati kekejaman pihak penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu.Ia dibina pada 12 Sept 1946.


Thursday, December 4, 2025

Pelbagai kekosongan MyStep di Jabatan Perangkaan Negeri Pahang. Due date 11 Disember 2025.

 

❗️❗️JAWATAN KOSONG 2026❗️❗️


Personel MyStep DOSM Pahang


Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP Gred 1 & 5


Pemohon perlulah mematuhi syarat-syarat berikut: 

📌 Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 40 tahun

📌 Memiliki kelayakan sijil SPM/STPM/Diploma/Ijazah

📌 Mempunyai lesen memandu kelas B2 @ D

📌 Mempunyai kemudahan komputer riba/laptop 

📌 Kemahiran komunikasi dengan baik

📌 Berdisiplin dan bertanggungjawab menjalankan tugas


Bagi mereka yang berminat, sila lengkapkan permohonan dengan scan QR code di iklan jawatan kosong di bawah atau klik:


Gred E1


https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=e28d6b98e517447291ad37ac25f65913


Gred E5


https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=164a163658df4a90ada01cb965884272


Tarikh Tutup : 11 Disember 2025


Calon akan disaring terlebih dahulu sebelum dipanggil bagi sesi temuduga.



Jawatan Kosong Warden Asrama di Institusi Tahfiz Turath Al Banna, Kg Pulau Raya, Kuala Krau, Pahang


 IKLAN JAWATAN KOSONG


Warden Asrama di Institusi Tahfiz Turath Al Banna, Kg Pulau Raya, Kuala Krau, Pahang 


Syarat Kelayakan & Kriteria Khusus:


1. Berusia 21 tahun dan ke atas.


2. Memiliki lesen memandu yang sah.


3. Mampu mengurus, membimbing dan memantau remaja berusia 13 hingga 18 tahun (peringkat menengah).


4. Mengutamakan calon yang berdisiplin, bertanggungjawab dan amanah dalam tugas.


5. Pengalaman mengurus asrama atau remaja adalah satu kelebihan.


Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan.

Kemasukan sesi Januari 2026.


Gaji & Elaun

 • Tempoh Percubaan (3 bulan): RM 1,300

 • Selepas Pengesahan Jawatan: RM 1,700


Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui:


📱 WhatsApp: https://wasap.my/60199290189/warden 

📧 Emel: pmtahfiz.albanna@gmail.com


Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2025

Wednesday, December 3, 2025

Pasu besar landskap dan tumbuhan perhiasan dirosakkan di Esplanade 2 Temerloh.

 

Rabu 3 Disember.Pagi tadi pengguna jalanraya terkejut apabila mendapati beberapa pasu besar dan bunga perhiasan tumbang dan rebah keatas jalan raya. 

Kejadian ini rupanya adalah hasil daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana semakan dengan Met Malaysia mendapati tiada pusaran angin atau puting beliung yang melanda daerah Temerloh semlam.

Sehubungan dengan itu, saksi yang melihat kejadian vendalism ini boleh memberi maklumat kepada pihak berkuasa.


Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...