📢 PEMBUKAAN PERMOHONAN BAZAR RAMADAN & EKSPO AIDILFITRI MPT 2026
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan untuk tapak Bazar Ramadan 2026 dan Ekspo Aidilfitri 2026 kini dibuka mengikut tarikh dan ketetapan berikut:
🕌 BAZAR RAMADAN MPT 2026
📅 Tarikh Permohonan: 1 – 5 Disember 2025
📍 Lokasi Tapak Bazar (Daerah Temerloh):
Bazar Ramadan Lurah Semantan – 230 tapak
Bazar Ramadan Bukit Desa Semantan – 120 tapak
Bazar Ramadan Taman Temerloh Jaya – 50 tapak
Bazar Ramadan Kuala Krau – 60 tapak
Bazar Ramadan Lanchang – 50 tapak
💰 Harga tapak: RM310.00 / tapak
Permohonan adalah secara ‘First Come First Serve’.
Dokumen wajib dibawa termasuk MyKad, gambar passport, salinan sijil kursus pengendali makanan, kad suntikan typhoid, dan kad pengendali makanan MPT.
🎉 EKSPO AIDILFITRI MPT 2026
📅 Tarikh Permohonan: 9 Disember 2025 (Selasa)
💼 Kategori & Kadar Harga Tapak:
Pelbagai – RM2,300 + deposit RM500 (10’x20’)
Kuih Raya – RM900 + deposit RM500 (10’x20’)
Makanan & Minuman – RM4,600 + deposit RM500 (20’x20’)
Bunga Api – RM2,300 + deposit RM500 (10’x20’)
Kaedah permohonan adalah mengikut kategori:
✔️ First Come First Serve – Pelbagai & Kuih Raya
✔️ Proses Temuduga – Makanan/Minuman & Bunga Api
📝 Tawaran bidaan tapak terpilih bersaiz 20’x20’ akan diadakan pada tarikh pengundian tapak (bermula RM5,000/tapak).
💳 Pembayaran melalui debit/kredit sahaja.
📞 Pertanyaan lanjut:
Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan MPT
09-2901540 / 1545
Sumber:
https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh