Thursday, August 21, 2025

Semak kelayakan SARA RM100 dan kedai terpilih di kawasan Temerloh.

 

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas layak untuk menerima bantuan SARA sebanyak RM100.

Tetapi terhad kepada tarikh yang ditetapkan sahaja iaitu dari 31.8.25 hingga 31.12.25.

Semak di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus


Bagi kita di kawasan Temerloh, bukan semua kedai boleh digunakan untuk berbelanja. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja seperti dibawah.

Mungkin akan ada penambahan kedai. Tetapi kita tunggulah sahaja nanti.





Wednesday, August 20, 2025

Pelbagai Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran. Tutup pada 17 Sept 2025.

 

Majlis Daerah Maran mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Kesihatan Awam 
2. Pelukis Pelan Senibina 
3. Penolong Juruukur Bahan

Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1Pind. 1/2005 yang boleh didapati di laman sesawang Majlis Daerah Maran iaitu www.mdmaran.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada: -

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Sebelum atau pada 17 September 2025 (Rabu)

Wednesday, August 6, 2025

Pelbagai Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh. Due date 15 Ogos 2025

 

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH


Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mempelawa Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan  berkelayakan, berwibawa dan berintegriti untuk mengisi 13 jawatan kosong yang ditawarkan seperti berikut:


🔹 Pegawai Tadbir (N9)

🔹 Jurutera (J9)

🔹 Arkitek (J9)

🔹 Penolong Pegawai Tadbir (N5)

🔹 Penolong Jurutera (JA5)

🔹 Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (JA5)

🔹 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA5)

🔹 Pembantu Tadbir (Kewangan) (W1)

🔹 Pembantu Akauntan (W1)

🔹 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N1)

🔹 Pembantu Kemahiran (H1)

🔹 Pembantu Khidmat Am (H1)

🔹 Penolong Pegawai Undang-Undang (L5)


📄 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati di: 

✔️ Kaunter Pembantu Keselamatan, Kompleks Pejabat Plaza Temerloh atau

✔️ Muat turun di laman web rasmi 👉 www.mpt.gov.my


📌 Syarat-syarat & dokumen yang diperlukan disenaraikan sepenuhnya dalam iklan rasmi.


📨 Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar ke alamat seperti berikut:


YANG DIPERTUA, 

MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

28000 TEMERLOH

PAHANG DARUL MAKMUR

(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


📆 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 OGOS 2025


📢 Sebarkan peluang ini kepada rakan dan kenalan anda!


Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh

Tiktok: @mptemerloh

Instagram: @majlisperbandarantemerloh

Laman Web: http://www.mpt.gov.my/



Tuesday, August 5, 2025

Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2025 ( Semenanjung)

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2025.

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.

Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak DI SINI.

Tarikh tutup iklan adalah pada 15 Ogos 2025 (Jumaat).

Peringatan:

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan adalah seperti DI SINI.
  2. Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  4. Pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 16 Ogos 2025 hingga 15 September 2025.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...