Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan

Wednesday, September 25, 2024

Pasar Ikhwan di Temerloh - Tutup Hari Ini (video)


 Pasar ikhwan di Putrajaya..ah gampa betul terngiang-ngiang je lagu tu kat halkum koi ni. 

Awal tahun ni pernah sakali dua singgah dekat cafe ikhwan Temerloh ni. Lokasi dia dekat simpang songsang. Dek kerana lokasi dia dekat dengan tempat kerja, koi singgah la sebab kagum compnay ni ada beberapa lagi business model yang berdekatan seperti Mart , Dobi dan Klinik selain cafe yang dimaksudkan. Maknanya ada 4 entiti ikhwan di lorong yang sama.

Masa tu koi tak pernah tahu pun business diorang ni ada terpalit isu. Koi pun saja la nak try makan. Tapi mujurlah tak ketagih nak repeat makan kat situ. Tapi sempat jugak la dua kali singgah breakfast kat situ. Rasa masakan dia tak kena selera perut koi kot.

Seminggu dua ni PANAS kan isu pasal pasar ikhwan di putrajaya ni..so pagi ni 25.9.24 lalu la nak singgah. Rupanya tutup. Tapi tak tahulah sebab koi lalu dalam 8.00am mungkin diorg bukak pukul 10.00am kot.

So berlalulah koi sambil dondang dendang lagu pasar ikhwan di putrajaya sampai sampai ke tempat kerja.. video ada dibawah.



Wednesday, September 4, 2024

Jawatan Kosong Majlis Daerah Maran 2024

 

Majlis Daerah Maran mempelawa kepada semua yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pembantu Kemahiran H19 dan Pembantu Awam (H11).

Borang permohonan boleh dapatkan di Pejabat Majlis Daerah Maran dan Pejabat Cawangan Jengka atau layari portal Majlis Daerah Maran.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah.



Untuk memdapatkan borang, anda boleh dapatkan di kaunter seperti yang dinyatakan diperenggan atas atau anda boleh dapatkan di laman web Majls Daerah Maran. Link dibawah.

https://www.mdmaran.gov.my/en/citizens/job-vacancies




Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...