Wednesday, March 25, 2026

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26


 

Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada hari Khamis, 26 Mac 2026.

Butiran Gangguan:

  • Tarikh & Masa: Bermula jam 9:00 pagi sehingga 9:00 malam (jangkaan 12 jam).
  • Sebab: Kerja-kerja baik pulih komprehensif dan penyelenggaraan paip pengepaman serta instrumen penting di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar.
  • Kawasan Terlibat (Maran): Jengka 17, 18, 19, 23, Felda Sungai Nerek, Felda Kampung Awah dan kawasan sekitar.
  • Kawasan Terlibat (Temerloh): Kampung Batu Sawar, Kampung Dingkir, Kampung Kerai, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Purun, Kampung Macang Manis, Kampung Paya Sendayan, KOA Paya Sendayan, Kampung Galok Kecil, Kampung Nuor, Kampung Paya Perak, Kampung Padang Paku, KOA Padang Paku dan kawasan sekitar.

Langkah Bantuan:

  • ​Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan menyediakan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, dan pusat dialisis.
  • ​Sebanyak 40 lori tangki, 8 lori tangki jumbo, dan 150 tangki statik akan digerakkan untuk membantu pengguna yang terjejas.

Saranan:

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999.

Rumah Terbuka YB Temerloh pada Sabtu 28 mac 2026.


 Sabtu ini 28 mac 2026 kalau anda rasa bosan tak pergi kemana-mana, anda kena serbu rumah terbuka YB Temerloh. 

Pihak Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Temerloh dengan segala hormatnya menjemput
YBhg. Dato’/Datin/Dato’ Sri/Datin Sri/Tuan/Puan
bersama seisi keluarga untuk hadir ke *Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Temerloh, YB Hjh. Salamiah Mohd Nor* seperti ketetapan berikut:
📅 *Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)*
🕗 *Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi*
📍 *Tempat: Perkarangan Balai Islam Darul Amin, Sg. Gau*
Kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dato’ Sri/Datin Sri/Tuan/Puan seisi keluarga serta seluruh warga Temerloh amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.
Terima kasih.

Wednesday, March 11, 2026

Jawatan kosong sebagai Trainee Store Manager BATA di Temerloh


 Syarikat kasut yang terkenal iaitu BATA memcari mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi keksongan sebagai Trainee Store Manager. Gaji ditawarkan bermula dari RM2500. Ada pelbagai faedah menarik jika menyertai kumpulan ini.

Jika berminat, pemohon boleh terus memohon secara online melalui link dibawah.

MOHON SEKARANG

Monday, March 9, 2026

Jawatan Kosong Pemandu Lori di Mentakab

 

JAWATAN KOSONG - TITIPAN SYUKUR (M) SDN BHD

Lokasi: Mentakab, Pahang

Industri: Pengeluar Besi

Titipan Syukur (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar keluli & logam dengan lebih 15 tahun pengalaman di Pahang & seluruh Malaysia. Stabil, berkembang pesat & peluang kerjaya yang jelas menanti anda!

Kami Sedang Mencari Individu Yang Berkelayakan Dan Berpotensi Untuk Menyertai Pasukan Kami!


Jawatan Ditawarkan:

Ø  PEMANDU LORI

 

Mengapa Sertai Kami?

• Gaji yang menarik

• Bonus prestasi sehingga 5 bulan gaji

• Peluang kenaikan pangkat

• Syarikat stabil – tiada potongan gaji & tempahan semakin meningkat setiap tahun

• Persekitaran kerja yang produktif

• Elaun makanan, kehadiran dan prestasi disediakan

• Cuti tahunan & cuti sakit disediakan

• Uniform dan kasut keselamatan disediakan

• Majlis makan malam tahunan

• Latihan Pembinaan Pasukan

Kelayakan & Ciri-ciri Diperlukan:

• Mempunyai lesen E (pemandu lori)

• Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman sebagai pemandu lori/kelindan

• Fizikal sihat dan mampu bekerja di gudang

• Komited, berdisiplin & bertanggungjawab

• Boleh mendengar dan menerima arahan

• Boleh bekerja dalam pasukan

• Aktif dan agresif dalam pekerjaan


Gaji & Faedah

• Gaji:

RM2800 – RM3400++ (PEMANDU LORI)

• KWSP, SOCSO, EIS


Waktu Bekerja:

Isnin – Sabtu

8.30 pagi – 5.30 petang


Berminat? Hubungi Kami Sekarang!

Telefon/WhatsApp: 017-6007995


Lokasi Kerja

Lot No. PT 18381, Jalan Industri 3,

Taman Perindustrian Temerloh,

28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Di Titipan Syukur, anda bukan sekadar bekerja — anda membina masa depan bersama pasukan yang menghargai prestasi dan dedikasi.

 


Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua 2026 diawalkan.


Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua 2026 yang sepatutnya dibuat pada April 2025 telah diawalkan kepada 10 Mac 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa langkah mempercepatkan pembayaran ini bertujuan membantu rakyat membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Jumlah peruntukan melibatkan RM1.3 bilion dan memberi manfaat kepada kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.

semak STR melalui link dibawah.

Gangguan bekalan air di Maran dan Temerloh akibat penyelenggaraan Loji Rawatan Air Batu Sawar pada Khamis 26.3.26

  Sebanyak 3,500 akaun pengguna di beberapa kawasan dalam daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada har...