Jom meriahkan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (HPPK)2025 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang akan diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 mulai 8 pagi hingga 10 malam bertempat di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang.
Penganjuran HPPK2025 yang bertemakan ”Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Usahawan Mikro” merupakan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan mereka terhadap ekonomi negara.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 2 November 2025 (Ahad).
Pelbagai acara menarik, aktiviti bermanfaat dan peluang berharga disediakan khas buat pengunjung yang hadir. Antaranya:
📌 Pameran Korporat agensi kerajaan
📌 Poket Talk
📌 Jualan RAHMAH MADANI
📌 Jualan Anekarasa
📌 Diskaun bayaran saman PDRM
📌 Forum Perdana Ehwal Islam
📌 TikTok Shop
📌 Pertandingan Karaoke & Konsert
📌 Persembahan Kebudayaan
📌 Zumba Challenge
📌 Pertukaran helmet percuma (JPJ)
📌 Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma
📌 Fun Run & Busker
📌 Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
📌 Cabutan bertuah
Ayuh hadir beramai-ramai berikan sokongan buat penjaja dan peniaga kecil kita!
Masuk PERCUMA dan TERBUKA kepada semua.
Jumpa di sana!

























