Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan

Friday, April 18, 2025

Jawatan Kosong Majlis Daerah Maran Mei 2025.

 

Majlis Daerah Maran mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:

Penolong Juruukur Bahan.


Jika anda menepati kehendak dan ingin mohon jawatan tersebut. Ikuti langkah berikut.






Tuesday, April 15, 2025

Jawatan Kosong Coop Bank Pertama Cawangan Temerloh Mei 2025


Coop Bank Pertama Cawangan Temerloh membuka peluang buat warga Temerloh bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan.

Jawatan yang ditawarkan adalah:

1. Customer Relationship Representative 

2. Ar-rahnu Assessor 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lihat iklan dibawah.


Jika Berminat,

Sila hubungi atau emel resume anda ke

shima@cbp.com.my

09-2908650

Permohonan hendaklah dihantar sebelum 5hb Mei 2025.

 

Thursday, April 10, 2025

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh. Tutup pada 18 April 2025

 

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH


Permohonan adalah dipelawa kepada Semua Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat Negeri Pahang) 

yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan seperti berikut :


1. Pembantu Keselamatan Gred KP1 (CFS) - 5 Kekosongan (Lelaki Sahaja)


Cara-cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma di:-


i) Kaunter Pengawal Keselamatan, Kompleks Pejabat Plaza Temerloh, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh Pahang atau


ii) Muat Turun Borang dari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh www.mpt.gov.my


Tarikh tutup permohonan : 18  April 2025 (Jumaat)




Kuala Krau bakal menerima Klinik Kesihatan yang baru tidak lama lagi.

 

Penduduk Kuala Krau dan sekitarnya bakal menerima kemudahan yang baru yang lebih besar dan selesa. Lokasinya pula hanya bersebelahan dengan jalan utama Jerantut - Temerloh. Lebih tepat berdekatan dengan balai polis yang baru tu.

Projek pembinaan ini akan dimulakan tidak lama lagi. Ini adalah hasil usaha yang tidak mengenal penat dari Mantan YB kita sejak tahun 2015 lagi.

Dipetik dari FB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID, beliau mengucapkan rasa syukurnya kerana hasil usahanya sejak 10 tahun lalu akan dilaksanakan.


Kalau diikutkan Klinik Kesihatan Jenis 3 ini boleh tahan besar jugak. Boleh rujuk gambar Klinik Kesihatan Bandar Raub yang telah selesai dibina.


Diharapkan dengan terbinanya kemudahan ini, Pekan Kuala Krau akan terus maju dan pesat membangu. Potensi yang ada di Kuala Krau ini amat besar kerana dia terletak di titik tengah bandar Temerloh Jerantut dan Jengka.

Kepada Dato' Sri mantan YB Parlimen Kuala Krau, terima kasih atas jasa dan keringat tuan membawa pelbagai kemudahan dan fasiliti di Kuala Krau. 



P/s-Ramai juga orang Kuala Krau mengharapkan Dato' Sri buat comeback 👍👍

Wednesday, April 9, 2025

Antara Ahmad Fried Chicken dan Econsave Temerloh yang akan dibuka tidak lama lagi.

 

Temerloh bakal diserikan lagi dengan pembukaan baharu cawangan Ahmad Fried Chicken dalam masa terdekat ini. Dikatakan dalam 16hb April 2025 akan dibuka. Lokasinya bersebelahan PERKESO Temerloh.

Bagi yang dah lama memboikot MCD dan KFC, kini tidak lama lagi tekak anda boleh menerima ayam goreng dari pengusaha bumiputera. 

Bagi yang bertanya kerja kosong. Harap maaf. Pihak Ahmad Fried Chicken telahpun selesai membuat sesi temuduga. Kini mereka hanya menunggu masa untuk memulakan operasi.

Selain itu satu lagi gergasi pasaraya akan dibuka di Temerloh. Hmmm nampaknya impian ramai orang untuk MYDIN membuka Pasarayanya di Temerloh masih belum tertunai. Takpa kita tunggu mana tahu dalam 5 tahun nanti akan wujud.

Dikhabarkan Econsave ini akan membuka cawangan ke 4 di Pahang selepas Jerantut Triang dan Jengka. Lokasinya di Batu Satu yakni betul-betul sebelum Masjid Kg Batu Satu Temerloh. Boleh rujuk gambar dibawah.


Apapun dengan pembukaan pelbagai syarikat peruncitan dan makanan di Temerloh ini bukanlah sesuatu yang negatif. Kita ambil ini sebagai indikator kemajuan di Temerloh ini. Lagipun kesannya orang kita akan dapat lebih peluang pekerjaan bukan?

[IKLAN]



Pokok bunga mak mak zaman dulu.

Bunga chempaka. Bau dia menyusup hidung bila malam hari. Bunga dia warna kuning terang. Kalau nak cari anak pokok dia ada dijual di Lazada. Klik link dibawah.

👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://s.lazada.com.my/s.pqjwk?cc

Tuesday, April 8, 2025

Kanak-Kanak Maut kemalangan di LPT berhampiran Kg Awah.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Nurul Lara Maisarah Mohd Hafiz, maut dalam kemalangan di Kilometer 147.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur pada Isnin sekitar jam 1.40 petang. 

Kemalangan berlaku ketika ibu mangsa yang memandu Honda Civic hilang kawalan akibat cuaca hujan, menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar penghadang jalan. Akibatnya, Nurul Lara tercampak keluar ke laluan bertentangan dan terkena cermin hadapan Perodua Myvi yang datang dari arah berlawanan. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi anak pasangan itu, berusia sembilan tahun, mengalami kecederaan ringan, manakala ibu bapa mereka tidak cedera. 

Pemandu Perodua Myvi dan keluarganya mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...