Renew roadtax paling murah.

Renew roadtax paling murah.
Kini anda boleh bayar ansuran melalui potongan gaji selama 10 bulan

Sunday, December 29, 2024

Rumah Rakit Temerloh. Ini harga dan pekej yang ditawarkan.


 Temerloh bukan sahaja terkenal dengan pekan sari dan CBS nya yang telah diwartakan didalam Malaysia Book of Record, tetapi ada kelebihan lain lain yang ramai orang luar tak tahu.

Selain makanan yang harga kayangan, Temerloh juga ada daya tarikan yang baharu iaitu rumah rakit. Ye, rumah peranginan di atas rakit berlatar suasana sungai Pahang.

Lokasinya agak strategik iaitu di Esplanade 1 Temerloh atau jalan Wagga Wagga atau senang cakap ikut belakang Masjid Abu Bakar Temerloh.

Sebab apa strategik, sebab kalau anda amik pakej pada hujung minggu, anda dapat merasai pengalaman pekan sari, pasar pagi, pasar anak muda dan CBS semuanya sekaligus sebab berdekatan semuanya.

Jadi apa tunggu lagi jom semak harganya. Difahamkan rumah rakit ini ada 2 jenis. Iaitu rumah 2 bilik dan satu lagi rumah jenis 3 bilik.

Dibawah adalah senarai pakej mengikut jenis rumah dan nombor pic untuk dihubungi.

RUMAH RAKIT MPT (DEKAT SG.PAHANG)

.. 


🏚️Bayar RM 350

✅2bilik (LIMIT 11ORG DEWASA )

✅2 hari 1 malam

✅Bole masak ada Dapur

✅peti Sejuk

✅Bole BBQ

✅Bole memancing 

✅Econ


🏚️RM 450 ( WEEKDAY  )

🏚️RM 500 (WEEKEND )

✅ 3 bilik (VIP)(15 ORG DEWASA)

✅2 hari 1 malam

✅Bole masak Ada Dapur

✅Peti sejuk 

✅Bole BBQ 

✅Bole mancing

✅Econ


wasap.my/60196484678/RUMAHRAKITMPT


Boleh lihat koleksi gambar dibawah untuk rujukan.















Tuesday, December 10, 2024

Balai Polis Baru Kuala Krau hampir siap.

 


Kalau sesiapa perasan, ada projek pembinaan dekat sebelah mempaga fresh Kuala Krau. Haaa..itulah balai polis baru nanti.

Difahamkan proses pembinaanya hampir siap. Selepas ini penduduk Kuala Krau bakal mempunyai Balai Polis yang besar dan luas. Senang nak berurusan.

Jika balai polis yang lama, ianya terperosok kedalam sikit. Jadi agak sukar untuk mencari lokasinya jika tidak menggunakan aplikasi google maps.

Anda boleh saksikan sedutan dibawah yang mana ianya masih lagi dalam proses pembinaan.



Monday, December 9, 2024

Mengimbau kembali musibah Banjir Besar 2014. Temerloh terkesan teruk waktu itu.

 


Banjir besar yang melanda seluruh negara pada 2014 amat dirasai. Pahang khususnya Temerloh antara lokasi yang terjejas teruk ekoran dari musim Monsun Timur Laut yang menurunkan hujan melebihi kebiasaan.

Bagi yang ingin mengimbau kembali memori banjir besar satu dekad yang lalu jom kita sama-sama tengok saluran youtube Noah Roslan dibawah.


Adakah anda juga ada kenangan sewaktu banjir 2014? Share la ye..


Jawatan Kosong Agrobank Seluruh Negeri Pahang sebagai pegawai pemasaran.

 


JAWATAN:PEGAWAI PEMASARAN (DIRECT SALES TEAM) 

Tempat: CAWANGAN-CAWANGAN DI PAHANG 

 Kelayakan :

1.CGPA sekurang-kurangnya 2.5/ Kelas Kedua Atas dalam Diploma atau ljazah Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Pengajian Bank dan lain-lain yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 

2. Mempunyai sekurangnya-kurangnya 6 bulan pengalaman dalam bidang jualan & pemasaran

 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mendapat kepujian sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelaiaran yang diambil 

4. Berkemahiran menggunakan komputer

 5. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik 

6. Berumur tidak kurang dari 18 tahun 

7.Kemahiran interpersonal yang cemerlang 

8. Berupaya bekerja di bawah penyeliaan yang minima 

9. Bertenaga dan bersemangat tinggi

 Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume atau curriculum vitae (CV) lengkap, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil (kelulusan, kelahiran) serta gambar warna berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada :


 PENGURUS CAWANGAN AGROBANK (berdekatan) atau Melalui email azlina.abdulaziz@agrobank.com.my 

Tarikh Tutup Iklan adalah pada 10 DISEMBER 2024 

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubung.




Kesesakan di Jambatan Temerloh. Apakah ada penyelesaian atau hanya penyesalan buat aku yang selalu terlambat pergi kerja.

 

Dalam satu hantaran reels rodong kita bernama Hakim Rosli didalam grup Temerloh Group tadi menunjukkan kesesakkan yang teruk bermula dari Hospital lagi.



Sememangnya isu kesesakan di Jambatan Temerloh ini sudah berlarutan sekian lama. 

Ada pengguna menyarakan pihak PDRM, Trafik turun padang untuk atasi kesesakan ini. Ini dikeruhkan lagi dengan ada pengguna yang potong que tidak bersabar seperti orang lain. Rasanya untung besar JPJ atau Trafik kalau buat operasi .

Bagi pihak JKR pula diharapkan kerja-kerja menyiapkan Jambatan baru ini boleh dipercepatkan.

Jambatan lama pun ada isu jugak gedegak gedeguk gedegak gedeguk katanya kalau lalu jambatan tu.

Apa-apapun harap semua pengguna dapat memandu dengan cermat dan berhati-hati apatah lagi sekarang ini musim hujan.

Saturday, December 7, 2024

Makcik Kemboja didenda RM40k kerana hina Melayu

 

Ingatkah lagi netizen semua dengan Makcik Kemboja? Ala yang viral tahun lepas kerana menghina Melayu dengan menggunakan kata yang tak sopan.

Untuk makluman, semalam di sebuah Mahkamah Seksyen di Ayer Keroh telahpun menjatuhkan hukuman dengan sebanyak RM40 ribu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina perkauman setahun yang lalu.

Anda boleh layari link dibawah untuk info lanjut.

Sumber: BH online 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333697/hina-melayu-makcik-kemboja-didenda-rm40000

Orang Islam Haram amalkan Yoga

 

Sebenarnya isu ni dah lama berlegar dikalangan netizen. Namun ada juga yang degil sehingga ada yang mengeluarkan fatwa sendiri . Maklumlah mereta tu artis dan orang terkenal.

Masalah sekarang, kau artis atau tak kau kena tahu hukum. Mufti dan pihak berkuasa agama tempatan pun dah berbuih mulut cakap haram haram haram yoga ni..

Baru-baru ni orang besar yoga sendiri mengakui yoga tu berkaitan dengan ritual agama Hindu. Boleh rujuk link ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162470/orang-islam-dinasihati-jangan-amal-yoga-presiden-yoga

Jelas kan? Seharusnya artis ke atau orang terkenal ke janganlah membuat hasutan songsang terhadap masyarakat kini. Yang haram tetap haram. 

Jualan Rahmah Madani di Mentakab. Jom beli barang keperluan dengan harga rahmah.




Berita baik buat penduduk Mentakab dan sekitarnya. Esok satu jualan Rahmah Madani akan diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Bendera, Mentakab.

Jualan akan bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai barangan dan keperluan rumah dijual dengan harga tak munasabah. 


Thursday, December 5, 2024

Kini anda boleh wish besday insan tersayang melalui skrin LED besar semasa malam carboot sale.


 Salam Temerloh Maju gais..

Anda perasan tak dekat Temerloh ni ada skrin LED iklan yang besar? Ada dua kan. Satu dekat simpang Mekdi yakni Jalan Bahagia dan satu lagi dekat Petronas Lurah Semantan.

Ape yang nak disampaikan dekat sini, Pihak MPT membuka pelung untuk anda menyewa iklan digital dekat Skrin LED besar yang dekat Lurah Semantan tu dengan dekat Jalan Bahagia. Kos tak mahal pun. Dekat bawah ni ada table untuk anda buat perbandingan harga vs masa iklan yang anda dah buat.


(Sila klik untuk besarkan image)

Yang menariknya geng, dekat lurah semantan tu ade pakej khas untuk wish besday buat insan tersayang atau skandel atau anak atau mak ayah anda. RM80 untuk 20saat. Menarik kan kalau iklan tu dipaparkan semasa ada pekan sari atau semasa Carboot Sale. 

Berminat? Jikat berminat anda boleh hubungi MPT untuk maklumat lanjut.

Atau isi terus borang dibawah dan hantar ke MPT.






Wagyu Pahang. RM6.692 JUTA TELAH DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK WAGYU PAHANG

 


Oleh : Norhafizan Zulkifli
Foto : Farizul Hafiz Awang


KUANTAN, 5 DISEMBER 2024 : Sebanyak RM6.692 juta perbelanjaan telah dikeluarkan merangkumi pelbagai aspek komponen aktiviti bagi menjayakan projek perintis Projek Wagyu Pahang setakat ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, antara komponen berkenaan termasuklah pembelian baka ternakan Wargyu.


Katanya, sehingga 15 November lalu, jumlah ternakan lembu wagyu di bawah Projek Wagyu Pahang sebanyak 262 ekor melibatkan 156 induk betina wagyu, lima pejantan dan 101 ekor anak yang lahir di daerah Raub.


“Kita ada Full Blood atau 100 peratus lembu Wagyu yang asli dan kita ada kacukan F1. Kemudian kita ada pembelian semen (air mani) dan embrio yang kita buat permanian beradas (Artificial Insemination – Al).

“Kemudian kita ada beli mesin ultra sound dan kita buat kursus wagyu di Akademi Wagyu di Jerman di mana kita hantar tiga kakitangan kita dari Jabatan Veterinar Pahang.


“Kita juga mengadakan kursus permanian beradas dan pemindahan embrio yang melibatkan 16 peserta di Indonesia. Kemudiannya kita membeli tambahan baka Wagyu dan memberikan latihan pakar penyembelihan seramai 60 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dikemukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.



Tambahnya lagi, sebanyak tiga ladang pengganda telah dilantik di bawah syarikat peneraju AGK Dairy Fresh Sdn Bhd di mana ladang pengganda ini dalam proses penerimaan lima ekor induk wagyu setiap ladang, manakala, terdapat tiga ladang pengganda lagi dalam proses pengesahan kesesuaian infrastruktur ladang.


“Pada masa yang sama kita juga menerima permohonan daripada penternak-penternak lain untuk menyertai Program Kacukan Wagyu Pahang menggunakan kaedah permanian beradas (Artificial Insemination – Al),” ujarnya memaklumkan projek perintis Wagyu Pahang terbabit akan menjadi penanda aras kepada projek Wagyu negara.



Menjaawab soalan tambahan yang dikemukan oleh ADUN Luit, YB. Dato Mohd Sofian Abd Jalil berkaitan bilakah daging Wagyu Pahang itu dapat dinikmati, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi berkata, projek berkenaan masih diperingkat awal dan untuk menghasilkan daging lembu Wagyu dengan pembentukan bebenang lemak (marble) yang cantik memerlukan satu tempoh yang agak lama.



“Selepas dilahirkan, lembu berkenaan perlu diberikan susu dan makanan khas selepas berusia 13 minggu bagi menghasilkan bebenang lemak yang cantik jadi kita libatkan UPM (Universiti Putra Malaysia) dalam kajian ini.



“Jadi tunggulah. Lepas 13 minggu kita akan bagi makanan untuk membentuk marble. Selepas itu perlu tunggu 30 bulan baru boleh disembelih. Untuk lembu projek rintis ini kita kena sabar. Kita biakkan dahulu,” katanya lagi.

Sumber -PAHANGMEDIA

Wednesday, December 4, 2024

Berpakaian tidak sopan boleh didenda dibawah Enakmen Syariah di Pahang.

 

KUANTAN, 04 DISEMBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan satu enakmen syariah berkaitan kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, enakmen ini telah ditetapkan pada 2013.


“Bahawasanya Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan satu enakmen syariah pada 2013 di bawah seksyen 53 bagi mereka yang tidak sopan di tempat awam,” katanya pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, YB. Tuan Shahril Azman Abd Halim berkenaan dasar kerajaan berkaitan hiburan yang membabitkan persembahan wanita muslim yang tidak menutup aurat.


Tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 di bawah Seksyen 53 : Berpakaian Tidak Sopan Di Tempat Awam ini adalah dibawah tindakan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


Menurut enakmen tersebut, mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 


sumber:PAHANGMEDIA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pemban...