Posts

Jawatan Kosong Pembantu Klinik. Klinik Sulaiman Temerloh. Jun 2025.

Image
 📢 *JAWATAN KOSONG: PEMBANTU KLINIK* 📢 Kemasukan Segera 📍 Lokasi Bekerja:  • Klinik Sulaiman Taman Temerloh Jaya 💵 Gaji: basic + elaun + overtime (Mengikut pengalaman & prestasi) 🎓 Syarat Kelayakan:  • Lepasan SPM minimum  • Wanita berumur 20-30 tahun (bujang dialu-alukan)  • Boleh bekerja shift 🌟 Kelebihan: ✅ EPF & SOCSO disediakan ✅ Cuti rehat & faedah perubatan 📞 Berminat? Hubungi kami segera: 📲 013-848 1322 (Call/WhatsApp) 👉 Klik Untuk WhatsApp 👉👉 https://wa.me/60138481322 👈👈 Email: ksulaimantj02@gmail.com

Double park dan masalah parking di HOSHAS

Image
  Hospital adalah tempat kita mendapatkan rawatan. Bukannya tempat kita mendapatkan lebih sakit. Berbeza dengan Hospital Temerloh HOSHAS. Kalau pergi sana nak cari parking, memang darah tinggi pemandu kereta akan naik gile babas. Baru-baru ini tular sebiji alza yang double park dan menyusahkan orang lain. Sehingga menunggu lebih sejam untuk keluar dari petak parking sendiri. Yang lebih menyakitkan hati, alza biru itu double parking dan tidak meninggalkan apa-apa nombor untuk dihubungi.  Seharusnya pemandu yang double park kena la ada sifat waras. Berfikir dua kali. Empati kena ada. Fikir bagaimana jika keadaan berlaku kepada diri sendiri. Jadi selepas ini jika nak bawak kereta tu, bodoh tu tinggal la dirumah. Bawak kereta sahaja ye.

Ceramah Perdana Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias di Gunung Senyum sempena Awal Muharram 1447H

Image
Sempena Awal Muharram 1447H, orang ramai dijemput hadir ke Ceramah Perdana bertemakan "Semangat Hijrah: Menilai Kembali Diri di Awal Tahun Islam".  Program akan berlangsung pada  28 Jun 2025 (Sabtu),  jam 9.00 malam  di Masjid Kg. Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.  Ceramah istimewa ini akan disampaikan oleh tokoh terkenal, YBhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah bebas yang berpengalaman luas dalam menyampaikan dakwah secara santai, menyentuh jiwa dan mudah difahami pelbagai peringkat umur.  Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan semangat hijrah bersama keluarga dan komuniti!

Semantan Fun Walk 2025. Sertai dan menangi cabutan bertuah berupa barang kemas Emas 916

Image
 🔥 Karnival Mini Usahawan Bazar Lurah Semantan bakal gegarkan kawasan anda! Apa ada? 🛍️ Jualan usahawan tempatan 🚶‍♀️ Fun Walk untuk semua peringkat umur 💪 Aktiviti sihat bersama Fun Fit 🎁 Cabutan bertuah, persembahan & banyak lagi! 📅 (05 Julai 2025) 📍 (Lurah Semantan) PENAJE UTAMA OLEH: KEDAI EMAS SERI SEMANTAN. Hadiah Emas menanti anda..🎁👑📿🛍💍 Lekas daftar di nombor berikut.. 017 950 1543 (Ris), 019 932 4947 (Ros),  011 4029 5578 (Bonda). Acara ini bersama : | 💄 AyuBeauty | 👗 Dewanita | 🏠 Semantan Indah Jaya | 🏋️ Temerloh Fitness Studio 📣 Jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga & kawan-kawan — Jom support usahawan kita! 💥

Jawatan Kosong Kedai Buku SMO Temerloh.

Image
  Kedai Buku SMO ( Syarikat Muda Osman) membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pembantu Peruncitan. Gaji ditawarkan adalah antara RM1500 ke RM1999. Taraf perkhidmatan adalah tetap dan mempunyai syif. Umur diantara 18 tahun hingga 35 tahun. Mempunyai kelulusan diperingkat SPM. Jika berminat boleh mohon secara dalam talian melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=634227f4824040bea0f9552f641659eb

Anak watan Temerloh menjadi Kapten Udara Indonesia pasca kemerdekaan Indonesia.

Image
 Tahukah anda, pada zaman negara jiran Indonesia berjuang mempertahankan kemerdekaan daripada penjajah Belanda dalam Revolusi Indonesia yang telah berlangsung pada tahun 1946-1949 dahulu, seorang anak tani yang berasal daripada Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh, Pahang Darul Makmur juga telah berhijrah ke Indonesia dan mengangkat senjata bagi mempertahanan kemerdekaan pertiwi untuk jiran serumpun di Indonesia. Pemuda yang penuh semangat patriotisme demi nusa dan bangsa ini bernama Encik Hassan Bin Sidek akhirnya telah berjaya menjawat jawatan Kapten Udara Republik Indonesia sepanjang perjuangan beliau disana. Pada tahun 1968, beliau telah pulang selama 14 hari ke kampung asalnya di Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh untuk melawat sanak saudara dan rakan sepermainan di kampung halaman sebelum beliau menjadi seorang patriot melawan penjajah di negara jiran serantau. Kepulangan beliau selama 14 hari di Temerloh telah diambil peluang oleh wartawan Berita Harian untuk mencatat serba sedi...

Dua ramaja maut dirempuh dari belakang

Image
  Pada malam 12 Jun 2025, dua remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Perodua Bezza di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, Temerloh, Pahang. Mangsa, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri dan Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.